Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lagi sampel positif rabies dari kawasan wabak

-

KUCHING: Terdapat tiga lagi sampel kes gigitan anjing positif virus rabies diterima semalam, iaitu daripada tiga lokasi di sini yang telah diisytihar sebagai kawasan wabak.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (Wabak Rabies) dalam kenyataan semalam, lokasi kes adalah di Taman Dirgahayu, Taman Malihah dan Batu 10, Jalan KuchingSer­ian.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mengelak haiwan kesayangan sama ada telah divaksin atau belum daripada bercampur dengan haiwan terbiar.

Perhati perubahan sikap haiwan daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda bergerak, hidrofobia terhadap air dan cahaya, menyendiri dengan air liur berlebihan dan kelihatan gelisah.

Haiwan yang menunjukka­n tanda-tanda tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Veterinar Sarawak di talian 082-612949 atau 082-611607 dengan segera.

Pada masa sama, orang ramai juga diingatkan bahawa di bawah Seksyen 37(2) & (3) Ordinan Kesihatan Awam 1999, adalah menjadi kesalahan untuk membiarkan anjing lepas bebas dan membawa keluar anjing tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Veterinar Negeri dari kawasan wabak rabies.

Sabit kesalahan akan didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Setakat ini, terdapat sejumlah 22 kes gigitan haiwan baharu yang direkodkan, iaitu di Kuching sebanyak 16 kes, Serian (4), Sarikei (1) dan Betong (1).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia