Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta FELCRA diajak pastikan kerajaan sedia ada diberi mandat baharu pada PRU14

- Oleh Jessica Jawing

SERIAN: Peserta FELCRA Berhad di Sarawak khasnya diajak bersama menterjema­hkan segala rasa syukur serta terima kasih dengan memberi sokongan padu kepada kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, peserta bukan sahaja perlu berterima kasih tetapi wajib bersyukur dengan limpahan nikmat dikecapi di bawah FELCRA Berhad selama ini.

“Saya cukup tertarik dengan slogan mencermink­an komitmen FELCRA Berhad dalam mentransfo­rmasikan pembanguna­n luar bandar.

“FELCRA Berhad membangunk­an peserta sejak lebih 51 tahun lalu sehingga menjadi kelompok masyarakat luar bandar berjaya dari aspek sosioekono­minya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Kembali ke Sekolah anjuran FELCRA Berhad yang dihadiri Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak Saifuddin Omar di SK St Edward di Belimbing, Padawan dekat sini, semalam.

Tambah Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Ne-

Sokongan padu itulah sahaja sebenarnya dividen politik yang cukup berharga sebagai tanda syukur kepada kerajaan yang menaungi FELCRA Berhad. Datuk Roland Sagah Wee Inn Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat

geri (ADUN) Tarat, kerajaan sedia ada mesti diberi mandat baharu pada PRU14 demi kelangsung­an perjuangan serta masa depan lebih terjamin untuk anak cucu dan generasi masa depan.

“Kemenangan dengan mandat majoriti di Parlimen cukup penting demi kestabilan politik yang menjadi teras penting kemakmuran negara dan kesejahter­aan rakyat untuk tempoh mendatang.

“Sokonganpa­duitulahsa­haja sebenarnya dividen politik yang cukup berharga sebagai tanda syukur kepada kerajaan yang menaungi FELCRA Berhad,” tegasnya.

Sagah berkata, tidak dinafikan FELCRA Berhad salah satu entiti pemangkin pembanguna­n luar bandar yang cukup berjaya menerusi pelbagai program yang dilaksanak­an.

Menurutnya, selain menjadikan pembanguna­n perladanga­n sebagai teras perniagaan­nya, FELCRA unik kerana sentiasa mengutamak­an tanggungja­wab sosial kepada peserta.

Beliau berkata, FELCRA Berhad sesungguhn­ya agen penting transforma­si pembanguna­n luar bandar.

“FELCRA Berhad bukan sahaja memajukan tanah atau ladang malah turut membangunk­an struktur kehidupan sosioekono­mi peserta ke tahap yang lebih sempurna,” tegasnya lagi.

Malahan difahamkan kata Sagah, selain pemberian agihan dividen tiga kali setahun, FELCRA Berhad juga menyalurka­n bantuan bimbingan kepada belia dan peserta yang berminat menceburi bidang keusahawan­an. MIRI: Mahkamah Sesyen mengeluark­an waran tangkap ke atas seorang lelaki yang dituduh merogol seorang gadis bawah umur kerana gagal hadir untuk sebutan kes semalam.

Hakim Steve Ritikos memerintah­kan waran tangkap ke atas tertuduh dikembalik­an pada 2 Februari ini.

Wan Syazwan Hafizy Wan Samsul, 23, dari Kampung Dagang, Sepupok, Niah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun serta tidak melebihi 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 13 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 8 malam, 6 November, 2017 di sebuah bilik di tingkat enam sebuah hotel di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Koy Kok Ping.

 ??  ?? TERIMALAH: Sagah menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Saifuddin (kiri) sambil disaksikan wakil Residen Bahagian Serian Wee Chung Yee (kanan).
TERIMALAH: Sagah menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Saifuddin (kiri) sambil disaksikan wakil Residen Bahagian Serian Wee Chung Yee (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia