Utusan Borneo (Sarawak)

663 pelajar terima dana CSR FELCRA

-

SERIAN: Buat julung kalinya FELCRA Berhad mengagihka­n sumbangan barangan persekolah­an secara berperingk­at di negeri ini.

Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak Saifuddin Omar berkata, ia melibatkan empat kawasan membabitka­n 663 pelajar.

Menurut beliau, sumbangan berkenaan merupakan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) selaras dengan hasrat kerajaan membantu rakyat yang memerlukan.

“Kini kita tahu sara hidup meningkat maka FELCRA Berhad diminta supaya membantu rakyat untuk mengurangk­an kesan peningkata­n sara hidup.

“Sempena program ini, FELCRA Berhad memperuntu­kkan RM6.3 juta kepada 18,000 pelajar di seluruh negara dengan RM350 setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap sempena Program Ceria Kembali ke Sekolah FELCRA Berhad yang disempurna­kan Menteri Muda Tanah Adat Datuk RolandSaga­hWeeIndiSe­kolah Kebangsaan (SK) St Edward di Belimbing, Padawan dekat sini, semalam.

Menurut Saifuddin, sum- bangan berbentuk kelengkapa­n seperti baju sekolah, kasut, stoking, beg dan peralatan lain.

“Namun di Sarawak, kita memberi secara tunai berbanding di Semenanjun­g di mana pelajar diberikan peralatan.

“Pada hari ini di peringkat Serian iaitu di Padawan, kita memberi sumbangah kepada 151 pelajar terpilih dari keluarga kurang berkemampu­an,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihati ibu bapa untuk membelanja­kan bantuan tunai itu dengan sewajarnya demi persekolah­an anak-anak.

Selain di Padawan, turut terlibat dalam program tersebut adalah Samarahan memabitkan 134 pelajar, Batang Lupar dengan 28 pelajar dan Limbang dengan 350 pelajar.

Objektif utama program adalah bagi mengurangk­an beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehka­n anakanak mereka meneruskan sesi persekolah­an 2018.

Ia juga bagi membantu meringanka­n beban peserta FELCRABerh­addangolon­gan bawah B40 yang mempunyai tanggungan ramai serta kurang berkemampu­an.

 ??  ?? SERAHAN TUNAI: Sagah menyampaik­an sumbangan sempena Program Ceria Kembali ke Sekolah FELCRA Berhad disaksikan Saifuddin (kiri) dan yang lain di Padawan, semalam.
SERAHAN TUNAI: Sagah menyampaik­an sumbangan sempena Program Ceria Kembali ke Sekolah FELCRA Berhad disaksikan Saifuddin (kiri) dan yang lain di Padawan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia