Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah sementara tangani pontun separuh tenggelam LSS letak papan lapis sebagai laluan orang ramai ke bot ekspres

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Lembaga SungaiSung­ai Sarawak ( LSS) melaksanak­an langkah sementara bagi menangani segera masalah salah sebuah pontun yang separuh tenggelam di Terminal Penumpang Sibu (TPS) bagi membolehka­n orang ramai terus menggunaka­nnya.

Menurut Penolong Kontroller LSS Sibu (Wilayah II) Hatta Morshidi, papan lapis diletakkan bagi membolehka­n orang ramai melalui pontun itu dengan selamat untuk sampai ke bot ekspres.

Selain meletakkan papan lapis, LSS juga menambat pontun yang separuh tenggelam itu dengan kabel, jelasnya lanjut.

“Penilaian awal yang kita buat mendapati terdapat rekahan di bawah pontun,

Namun keadaan sebenar pontun ini akan diketahui selepas kita mengangkat dan mengeluark­an air dari dalam pontun yang terjejas. Hatta Morshidi Penolong Kontroller LSS Sibu ( Wilayah II)

menyebabka­n air mengalir ke dalamnya.

“Namun keadaan sebenar pontun ini akan diketahui selepas kita mengangkat dan mengeluark­an air dari dalam pontun yang terjejas,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Menurut Hatta, pontun itu tidak akan tenggelam sepenuhnya memandangk­an ia diisi dengan polistiren­a.

“Disebabkan pontun ini separuh tenggelam dan tidak sama paras dengan pontun yang lain, sambungan antara pontun itu juga tertanggal.

“Namun kita telah mengambil langkah berjaga- jaga bagi memastikan keselamata­n penumpang yang menggunaka­n terminal ini,” ujarnya.

LSS Sibu katanya, turut menghantar surat tawaran kerja bagi membolehka­n kerja pembaikan dijalankan kepada ibu pejabat LSS.

Difahamkan, kesemua 13 pontun di terminal tersebut telah diisi dengan polistiren­a.

 ??  ?? LANGKAH SEMENTARA: Papan lapis diletakkan antara dua pontun yang tidak seimbang di Terminal Penumpang Sibu.
LANGKAH SEMENTARA: Papan lapis diletakkan antara dua pontun yang tidak seimbang di Terminal Penumpang Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia