Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas diminta sentiasa pantau SOP projek SSGP

-

LAWAS: Pihak Petronas d i m i n t a m e l a k u k a n pemantauan berterusan di kawasan pemasangan projek Paip Gas Sabah- Sarawak (SSGP) di daerah ini bagi mengelak insiden kebocoran gas berulang.

Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim berkata, Petronoas juga perlu mengambil serius sebarang aduan penduduk berhubung perubahan struktur tanah dan keadaan paip dengan mengambil tindakan segera.

“Pemantauan berterusan dan tindakan segera perlu dilakukan terhadap sebarang perubahan struktur tanah dan keadaan paip di kawasan pembinaan SSGP bagi mengelak berulangny­a insiden kebocoran gas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Hussaini berkata, pihaknya melakukan perbincang­an di lapangan bersama pihak Petronas ketika melakukan pemantauan di lokasi kebocoran gas di Long Luping yang sejauh dua jam berkendera­an dari bandar Lawas kelmarin.

Beliau memberitah­u, pihak Petronas juga perlu memastikan kawasan pembinaan tidak dihampiri orang awam yang tidak berkenaan.

“Kita juga meminta pihak Petronas untuk melakukan kajian terhadap punca kejadian dan mengadakan sesi dialog berhubung keselamata­n dan integriti paip bersama masyarakat setempat, selain melakukan kerja pembaikan dan melaksanak­an pemeriksaa­n berkala Prosedur Operasi Standard ( SOP),” ujarnya.

Katanya, langkah- langkah tersebut penting untuk memastikan keselamata­n penduduk sentiasa diutamakan.

Mengulas mengenai insiden itu Hussaini menjelaska­n, lokasi kejadian terkawal dan keselamata­n penduduk diutamakan.

“Pihak Petronas turut membantu penduduk yang berdepan gangguan kesihatan dan sebagainya.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, begitu juga tiada kerosakan harta benda,” jelas beliau lagi.

Katanya lagi, tiada pengosonga­n penempatan dibuat susulan insiden terbabit kerana lokasi kejadian jauh dari kawasan kediaman penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia