Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Padawan adakan AGM, William Bong dilantik sebagai presiden baharu

-

KUCHING: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Padawan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dipengerus­ikan Presiden Piagam 2017 Kiing Sie Ying di sini, baru-baru ini.

Selain membuat ringkasan mengenai prestasi JCI Padawantah­unlalu,mesyuarat itu turut mengadakan pemilihan Lembaga Pengarah JCI Padawan 2018.

Hasil pemilihan, William Bong dilantik sebagai Presiden JCI Padawan 2018 yang akan memimpin ahli melakukan aktiviti dan program untuk masyarakat.

Justeru, Kiing merakamkan penghargaa­n kepada semua pengarah dan ahli yang sentiasa komited dan dedikasi melaksanak­an tanggungja­wab dalam organisasi itu.

Katanya, mereka telah memberi kerjasama yang baik bagi memastikan matlamat organisasi itu tercapai.

Beliau berharap JCI Padawan akan terus melakar kejayaan dan berkhidmat kepada masyarakat di bawah pimpinan presiden baharu.

Sementara itu, William mengucapka­n terima kasih kepada ahli atas sokongan dan kepercayaa­n yang diberikan kepada beliau untuk menerajui JCI Padawan.

Beliau berikrar untuk melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, JCI Padawan akan mengadakan majlis perasmian lembaga pengarah baharu di The Imperial Hotel pada 21 Januari ini.

Turut diadakan pada majlis itu nanti ialah penyampaia­n anugerah untuk mengiktira­f ahli yang cemerlang dan sumbangan mereka sepanjang tahun lalu.

JCI Padawan kini giat merekrut anggota baharu dan mengalu- alukan penyertaan anak-anak muda yang cemerlang dan sanggup berkhidmat kepada rakyat.

Sesiapa yang i ngin menyertai JCI Padawan boleh menghubung­i menerusi WhatsApp atau WeChat kepada Setiausaha Vernie (016-5890696) atau William (012-8889987).

 ??  ?? BARISAN MANTAP: (Duduk, dari dua kiri) EVP Wong Yong Reng, William dan Kiing merakamkan kenangan bersama ahli Lembaga Pengarah baharu selepas AGM JCI Padawan, baru-baru ini.
BARISAN MANTAP: (Duduk, dari dua kiri) EVP Wong Yong Reng, William dan Kiing merakamkan kenangan bersama ahli Lembaga Pengarah baharu selepas AGM JCI Padawan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia