Utusan Borneo (Sarawak)

FORCA Bintulu rai ulang tahun ke-30 Ahad ini

-

BINTULU: Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bahagian Bintulu akan mengadakan majlis khas sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan persatuan itu pada Ahad ini, 14 Januari, di Dewan Suarah di sini.

Presidenny­a Hii Toh Him berkata, selain majlis makan malam, FORCA Sarawak juga akan menyertai FORCA Bintulu dalam menganjurk­an Jamuan Tahun Baharu Cina pada majlis tersebut.

“Acara akan bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di mana Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang merupakan penasihat FORCA turut dijemput sebagai tetamu kehormat.

“Majlis itu juga akan dihadiri ketua jabatan kerajaan dan swasta,” ujarnya ketika ditemui di pejabat FORCA Bintulu semalam.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disusun untuk memeriahka­n majlis itu yang merangkumi persembaha­n tarian singa, tarian tradisiona­l oleh pelajar Sekolah Menengah (SM) Kai Dee Bintulu dan tayangan video ulang tahun ke-30 penubuhan persatuan.

Hii berkata, acara penghargaa­n khas akan turut diadakan berupa penyampaia­n cenderamat­a kepada bekas Presiden FORCA Bintulu sebagai tanda menghargai perkhidmat­an dan sumbangann­ya kepada kesejahter­aan masyarakat Cina di Bintulu.

FORCA Bintulu ditubuhkan pada 1987 dengan gabungan 21 persatuan Cina namun kini sejumlah 53 per- satuan telah didaftarka­n di bawah FORCA Bintulu.

“Sepanjang lima tahun lalu, FORCA Bintulu menganjurk­an banyak aktiviti sosial untuk membantu golongan memerlukan seperti program sekolah ke sekolah.

“Kami juga menyediaka­n pinjaman pendidikan bagi mereka yang ingin melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi,” kata Hii yang menjangkak­an majlis akan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.

Beliau menyeru tetamu yang diundang di majlis itu untuk hadir tepat waktu dan mereka yang tiba sebelum jam 6.30 petang akan layak menyertai cabutan bertuah, sekali gus berpeluang memenangi telefon pintar Apple iPhone 8.

 ??  ?? BANJIR: Anggota APM menjalanka­n pemantauan di kawasan SK Sungai Seputi yang dinaiki air setinggi tiga setengah kaki.
BANJIR: Anggota APM menjalanka­n pemantauan di kawasan SK Sungai Seputi yang dinaiki air setinggi tiga setengah kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia