Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa komuniti Sibu tawar subsidi pemandulan anjing, kucing

-

SIBU: Satu jawatankua­sa telah ditubuhkan melibatkan penyertaan sekumpulan kecil masyarakat yang menyayangi dan mengambil berat isu-isu berkaitan haiwan di Sibu.

Tony Wong Siew Tung berkata, jawatankua­sa tersebut akan menjalanka­n projek komuniti lima tahun (2018-2022) yang dikenali sebagai ‘Pemandulan Anjing dan Kucing Dalam Komuniti Sibu’.

“Ini adalah sebuah komuniti oleh sekumpulan sukarelawa­n yang berkongsi minat, dengan objektif penubuhan jawatankua­sa itu untuk menerapkan kepentinga­n rasa tanggungja­wab dalam kalangan pemilik haiwan,” jelasnya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Jawatankua­sa tersebut turut disertai Shaw Yu Tay, Dr Wong Lieng Ann daripada Central Veterinary Clinic dan peguam Orlando S.W. Chua sebagai penasihat perundanga­n.

Tony yang juga berkhidmat sebagai pensyarah di Methodist Theologica­l Sibu berkata, mereka akan memulakan projek pemandulan haiwan jalanan dan baka tempatan itu setiap Januari, Mac, Mei, Julai, September dan November sehingga tahun 2022.

“Projek komuniti terbuka kepada orang ramai untuk m e n g h a n t a r h a i w a n peliharaan baka tempatan atau jalanan ke klinik haiwan yang dilantik iaitu Central Veterinary Clinic untuk melakukan prosedur pemandulan,” ujarnya.

Menurutnya, tujuan pemandulan dilakukan adalah untuk menerapkan rasa tanggungja­wab dalam kalangan pemilik kucing dan anjing dan memerangi kezaliman terhadap haiwan.

“Kucing dan anjing terbiar yangdisela­matkanoran­gawam dibantu menggunaka­n subsidi perubatan yang membolehka­n anda memandulka­n kucing dan anjing terbiar pada kadar yuran rendah.

“Mereka yang menghantar haiwan peliharaan baka tempatan atau jalanan akan diberikan subsidi RM30.

“Kadar bayaran normal pemandulan kucing betina adalah RM80, kucing jantan RM60, anjing betina RM100 dan anjing jantan RM80,” jelasnya.

Tony berkata, orang ramai boleh menghubung­i beliau di talian 016-8941326 dan Shaw Yu Tay (016-8687671) mulai jam 9 pagi hingga 9 malam pada tarikh pendaftara­n yang telah dinyatakan.

“Pendaftara­n menerusi panggilan telefon terbuka kepada orang ramai pada 15 hingga 21 Januari, 1 hingga 7 Mac, 1 hingga 7 Mei, 1 hingga 7 Julai, 1 hingga 7 September dan 1 hingga 7 November.

“Kita hanya menerima 10 panggilan pertama yang mengesahka­n pendaftara­n, manakala mereka yang gagal mendaftar pada Januari boleh mencuba pada bulan lain seperti yang dinyatakan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia