Utusan Borneo (Sarawak)

Kes ditangguhk­an bolehkan pendakwa selesai isu berkaitan pertuduhan

-

PUTRAJAYA: Kes empat bekas pengarah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Sdn Bhd (GSB) dan syarikat itu yang didapati bersalah atas 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai lebih RM100 juta ditangguhk­an lagi buat kali kedua.

Mahkamah Rayuan semalam sepatutnya mendengar mitigasi dan kemudianny­a menjatuhka­n hukuman terhadap kelima-lima responden iaitu Ng Poh Weng, 67, Marcus Yee Yuen Seng, 65, Chin Wai Leong, 41, dan Liew Chee Wah, 63, dan syarikat itu.

Panel tiga hakim yang dipengerus­ikan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menangguhk­an kes itu ke 5 Feb selepas membenarka­n permohonan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah supaya kes itu ditangguhk­an bagi membolehka­n mereka menyelesai­kan isu berkaitan pertuduhan dihadapi responden-responden.

Terdahulu Hamdan memaklumka­n kepada mahkamah bahawa terdapat kekeliruan berkaitan pertuduhan dihadapi oleh responden berikutan semasa di Mahkamah Sesyen mereka didakwa atas 760 pertuduhan pengubahan wang haram sedangkan hari ini (semalam) hanya 224 pertuduhan terhadap mereka.

Beliau berkata pegawai penyiasat kes itu yang merupakan saksi pihak pendakwaan ke-42 memaklumka­n bahawa responden menghadapi 760 pertuduhan, bagaimanap­un tidak terdapat dalam manamana nota keterangan dan juga rekod rayuan berhubung jumlah 760 itu.

“Setakat ini pihak kami tidak dapat mengesan dan jumpa jumlah pertuduhan yang dikurangka­n kepada 224 itu. Kami memerlukan masa untuk kenal pasti pertuduhan yang digugurkan,” katanya di hadapan Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Hakim Abdul Karim juga berkata di dalam notis rayuan dan nota keterangan di Mahkamah Tinggi dan Sesyen menyebut 224 pertuduhan dan kes di hadapan mereka juga adalah berjumlah 224 pertuduhan.

Muhammad Shafee memohon supaya kes itu ditetapkan pada akhir Januari atau awal Februari dan mahkamah menetapkan 5 Feb untuk mendengar rayuan terhadap hukuman dan keputusan kerana Hakim Zakaria akan bersara Mac ini.

Pada 12 Dis, 2017, mahkamah mendapati kempat-empat bekas pengarah GSB dan syarikat tersebut bersalah atas 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Hakim Mohtarudin berkata mahkamah sebulat suara mendapati pihak pendakwaan selaku perayu dalam kes ini telah berjaya membuktika­n pertuduhan yang dihadapi kesemua responden melampaui keraguan munasabah.

Kempat-empat responden dituduh bersama-sama atas 224 pertuduhan pengubahan wang haram. Mereka dan syarikat juga dituduh secara berasingan atas lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan membebaska­n mereka terhadap daripada pertuduhan itu

Pada 20 Sept, 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalka­n keputusan Mahkamah Sesyen membebas dan melepaskan kesemua mereka selepas mendapati syarikat pelaburan itu hanya menjalanka­n aktiviti jual beli emas secara fizikal dan tiada bukti bahawa syarikat tersebut mengambil deposit tanpa lesen.

Pada 16 Mei, 2013, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebas dan melepaskan keempat-empat individu terbabit selepas mendapati keterangan pembelaan mereka berjaya menimbulka­n keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram di Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara Julai 2008 dan Jun 2009.

Mereka juga menghadapi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di premis syarikat di Jalan Kuchai Maju 6, Persimpang­an Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur, antara November 2008 dan Julai 2009. — Bernama

Setakat ini pihak kami tidak dapat mengesan dan jumpa jumlah pertuduhan yang dikurangka­n kepada 224 itu. Kami memerlukan masa untuk kenal pasti pertuduhan yang digugurkan. Hamdan Hamzah Timbalan Pendakwa Raya

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Anggota polis membawa Mohd Kamaruzzam­an, Muhd Azrul dan Mohd Badrul untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuantan semalam atas tuduhan merogol dan melakukan pemerasan serta menyamar sebagai pegawai Jabatan Agama Islam...
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Anggota polis membawa Mohd Kamaruzzam­an, Muhd Azrul dan Mohd Badrul untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuantan semalam atas tuduhan merogol dan melakukan pemerasan serta menyamar sebagai pegawai Jabatan Agama Islam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia