Utusan Borneo (Sarawak)

T. Nhaveen: Kes akan dipohon dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi

-

G E O R G E T O W N : Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 26 Feb depan untuk pengurusan kes empat remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen, Jun tahun lepas.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin memaklumka­n kepada mahkamah bahawa laporan kimia dan perubatan mangsa telah diterima.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa Datuk Baljit Singh ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, memberitah­u pihak pendakwaan bagi kes itu akan memfailkan permohonan untuk kes tersebut dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah berikutan ia melibatkan kes juvana.

Ibu Nhaveen kelihatan turut hadir di mahkamah bagi mengikuti perkembang­an kes bunuh anak lelakinya yang berumur 18 tahun ketika kejadian. Anggota keluarga keempat- empat tertuduh juga hadir pada prosiding semalam.

Pada 19 Jun tahun lepas, empat remaja termasuk pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima pada masa itu, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen.

J. Ragesuthen dan S. Gokulan yang masingmasi­ng berusia 18 tahun pada ketika itu, serta dua lagi remaja lelaki didakwa melakukan perbuatan tersebut secara bersama antara jam 11 malam dan 12 tengah malam berhampira­n Pusat Pembelajar­an Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor dekat sini pada 9 Jun tahun lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen di sini, Hakim Irwan Suainbon menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan semula kes bagi empat remaja terbabit yang menghadapi pertuduhan mencederak­an T. Preevin, 19, yang merupakan rakan Nhaveen.

Irwan menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya sudah menerima semua laporan perubatan dan kimia mangsa serta memohon satu tarikh sebutan bagi serahan kesemua dokumen tersebut.

Kesemua tertuduh yang kini ditahan di Penjara Juvana Sungai Petani, didakwa mencederak­an Preevin di tempat, masa dan tarikah yang sama mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Nhaveen, 18, cedera parah akibat dipukul sekumpulan remaja dalam kejadian di Jalan Kaki Bukit, dekat sini, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur. Rakannya, Preevin dilaporkan turut dipukul oleh kumpulan yang sama menggunaka­n topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatka­n bantuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia