Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki didakwa subahat, bunuh seorang lelaki di stesen minyak

-

JOHOR BAHRU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan bersubahat dan membunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di sini, 17 Dis tahun lepas.

Kedua-dua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Gan Jia Ji, 20, bersama lima suspek yang masih bebas didakwa melakukan pembunuhan sehingga menyebabka­n kematian ke atas Tan Aik Chai, 44, di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, lebih kurang jam 7.30 malam bulan lepas.

Atas kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Sementara itu, Yip Kah Hou, 24, dengan tiga suspek yang masih bebas didakwa bersubahat dengan Gan dan lima individu lagi yang masih bebas, melakukan pembunuhan sehingga menyebabka­n kematian ke atas Tan.

Yip yang juga pembantu restoran itu boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 akta sama dan Seksyen 34 akta sama.

Siti Hajar kemudianny­a memerintah­kan kes itu disebut semula pada 13 Februari ini bagi menunggu laporan bedah siasat.

Kes dibawa Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali mana- kala Yip diwakili peguam Chuah Shyue Chien.

Gan pula tidak diwakili peguam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Gan (tengah) dan Yip (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh dan bersubahat melakukan jenayah bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, 17 Disember lalu.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Gan (tengah) dan Yip (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh dan bersubahat melakukan jenayah bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, 17 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia