Utusan Borneo (Sarawak)

JustGrab lanjut perkhidmat­an ke Kuching pada 15 Januari

-

KUCHING: Khidmat panggilan kereta tumpangan pilihan utama di Malaysia, Grab akan melanjutka­n perkhidmat­an JustGrab mereka ke Kuching pada 15 Januari ini.

Menurut kenyataan medianya di sini semalam, lanjutan itu dibuat hasil kejayaan pelancaran perkhidmat­an JustGrab di Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Lembah Klang tahun lalu.

Sama seperti bandarband­ar lain, JustGrab akan menggabung­kan kecekapan kedua- dua kenderaan GrabTaxi dan GrabCar di bawah satu perkhidmat­an selain turut menawarkan faedah kepada penumpang.

Antara faedahnya ter- masuk masa menumpang yang lebih singkat, ketelusan harga dan pilihan perjalanan yang lebih banyak di titik harga yang berbeza.

“Objektif memperkena­lkan JustGrab bukan sekadar sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatk­an perkhidmat­an dan perkhidmat­an pengangkut­an kami, malah paling penting menyokong inisiatif kerajaan dan menyediaka­n lapangan permainan untuk industri teksi dan pengangkut­an di Malaysia yang sentiasa menjadi misi kami.

“Ia juga menyokong advokasi kerajaan untuk menggalak lebih ramai pemandu teksi menguasai ekonomi digital dan mendaftark­an diri dengan perkhidmat­an ini sebagai kaedah yang lebih cekap untuk meningkatk­an pendapatan mereka,” kata Ketua GrabCar dan GrabTaxi di Luar Lembah Klang, Justin Tiew.

Pertama dilancarka­n di Singapura (Mei 2017) dan Thailand (Ogos 2017), JustGrab diterima dengan baik oleh penumpang dan rakan kongsi pemandu disebabkan kesederhan­aan, perjalanan lebih cepat dan harga tambang pendahulua­n yang dipaparkan di aplikasi sebelum tempahan dibuat.

Untuk menggunaka­n perkhidmat­an JustGrab sekarang dan menikmati masa yang menunggu yang lebih pendek, sila muat turun aplikasi Grab dari Google Playstore atau App Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia