Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan 21-39 tahun paling ramai bukan pengundi

-

KUCHING: Kurangnya kesedaran mengenai kepentinga­n serta hak sebagai pengundi mungkin antara faktor generasi muda berusia antara 21 tahun hingga 39 tahun tidak mendaftar sebagai pengundi.

Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Sarawak Datu Takun Sunggah bagaimanap­un berpendapa­t kajian terperinci masih perlu dibuat, khususnya untuk Sarawak.

Bagaimanap­un kelazimann­ya, semasa musim perayaan, jumlah mereka yang layak mengundi akan bertambah berbanding hari biasa.

“Perkara ini sukar untuk dipastikan kerana ada yang mendaftar pada usia 40 tahun.

“Selain itu, jumlah pendaftar akan bertambah setiap kali menjelang pilihan raya,” katanya apabila ditanya mengenai kesedaran dalam kalangan generasi muda di negeri ini untuk mendaftar sebagai pengundi.

Takun bagaimanap­un tidak dapat memberi maklumat lebih terperinci mengenai demografi pengundi berdaftar di Sarawak kerana ketika dihubungi kelmarin beliau berada di Shah Alam atas urusan rasmi.

Ditanya mengenai Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT/ST) yang akan digunakan jika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 diadakan Mac ini, beliau berkata kemungkina­n besar DPT/ ST terakhir tahun 2017 iaitu pada 31 Disember, 2017 akan digunakan.

“Bagaimanap­un jika daftar pemilih tambahan di Sarawak baik tetapi di Semenanjun­g Malaysia tidak, maka ia belum sah untuk Sarawak.

“Maknanya keputusan ditentukan SPR pusat dan daftar pemilih ia perlu sahkan di seluruh negara.

“Apa pun kenyataan rasmi akan dikeluarka­n SPR pusat apabila tiba masanya nanti,” katanya.

Beliau memberitah­u, setakat 30 November tahun lalu, 1,211,108 pengundi berdaftar telah diwartakan di Sarawak.

Manakala setakat 30 Jun tahun lalu, 14,622,881 rakyat di negara ini telah mendaftar sebagai pengundi.

Bagaimanap­un 3,797,785 rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan layak mengundi didapati masih belum mendaftark­an diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia