Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG mantap hasil gabungan guru dan ibu bapa aktif: Teng

-

BINTANGOR: Gandingan mantap antara guru dan ibu bapa boleh membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah, didukung kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang aktif.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, PIBG mempunyai peranan penting dalam memastikan sesebuah sekolah itu mencapai prospektif cemerlang dalam semua bidang.

Katanya, ibu bapa dan penjaga pelajar yang juga ahli kepada persatuan tersebut harus sedar peranan penting mereka kepada sekolah, terutama dalam memberikan sokongan dan kerjasama dalam penganjura­n aktiviti.

“Pihak PIBG harus sedar bukan semua tanggungja­wab dalam melahirkan generasi cemerlang terletak di tangan pihak sekolah.

“Sekiranya hubungan di antara PIBG dengan pihak sekolah terjalin erat, kita yakin mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah terutama dalam menghadapi apa jua cabaran,” ujarnya lanjut.

“Seperti yang kita sedia maklum, dewasa ini masalah disiplin di kalangan pelajar kian meruncing, maka untuk mengatasi dan mengawal semua masalah ini daripada berterusan, kerjasama di antara dua pihak salah satu langkah penyelesai­an berkesan untuk membantera­snya,” katanya.

Teng berkata demikian ketika membuat lawatan ringkas ke Sekolah Menen- gah Kebangsaan ( SMK) Meradong dalam rangka kerja penyampaia­n sumbangan melalui Program Touch Point, semalam.

Beliau disambut Pengetua SMK Meradong Poh Chie Teck dan warga sekolah yang lain.

 ??  ?? TIDAK KETINGGALA­N: Teng (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan melalui Program Touch Point kepada Poh (empat kiri) sambil disaksikan warga SMK Meradong yang lain.
TIDAK KETINGGALA­N: Teng (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan melalui Program Touch Point kepada Poh (empat kiri) sambil disaksikan warga SMK Meradong yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia