Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 30 ejen penghantar­an bakal digantung lesen

Lakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967

-

PELABUHAN KLANG: Lebih 30 ejen penghantar­an (forwarding agent) bakal digantung lesen atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Datuk Seri Subromania­m Tholasy.

Beliau berkata pihak terbabit didapati telah melakukan kesalahan seperti memalsukan resit Kastam, mengikrar dagangan tidak betul dan mengikrar dagangan tidak berduti atau berduti rendah sedangkan mereka membawa dagangan yang mempunyai duti tinggi seperti arak dan rokok.

“Namun, sebelum kita gantung lesen mereka, ejen penghantar­an terbabit akan terima surat tunjuk sebab terlebih dahulu minggu

Namun, sebelum kita gantung lesen mereka, ejen penghantar­an terbabit akan terima surat tunjuk sebab terlebih dahulu minggu depan dan akan diberi masa dua minggu untuk menjawab kenapa lesen mereka tidak boleh ditarik.

depan dan akan diberi masa dua minggu untuk menjawab kenapa lesen mereka tidak boleh ditarik,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Pengarah Kastam Selangor Datuk Sarip Ismail di sini, semalam.

Subromania­m berkata, sudah sampai masa pihaknya memperketa­t penguatkua­saan undang-undang berikutan tindakan ejen peng- hantaran terbabit menyumbang kepada ‘ekonomi bawah tanah’ di negara ini.

Katanya, mereka tidak lagi boleh memberi alasan tidak mengetahui barangan yang diikrar dan hanya mengikut arahan syarikat pengimport atau pengekspor­t memandangk­an sebelum ini pihak Kastam telah memberi notis kepada semua ejen penghantar­an untuk membuat ketekunan wajar atau melaksanak­an pendekatan ‘Ketahui Pelanggan Anda’ (KYC).

“Mereka perlu ambil tanggungja­wab untuk pastikan syarikat pengimport atau pengekspor­t benar- benar wujud kerana kita tidak mahu sesuatu insiden berlaku contohnya, membawa bahanbahan letupan tetapi ikrar barangan lain. Kita letak beban pada mereka untuk kenali syarikat pengimport atau pengekspor­t yang berurusan dengan mereka.

Mereka ( ejen penghantar­an) juga ada tanggungja­wab untuk bertindak bagi pihak kerajaan dan dengan adanya tindakan keras seperti ini (gantung lesen) kita jangkakan keskes penyeludup­an di negara ini dapat dikurangka­n,” katanya. — Bernama

Datuk Seri Subromania­m Tholasy Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Fadil (tengah) menunjukka­n dadah jenis syabu seberat 3.029 gram yang dianggarka­n bernilai RM240,000.00 di sebuah rumah di kawasan Kampung Wakuba Batu 15 Jalan Apas, Tawau, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Fadil (tengah) menunjukka­n dadah jenis syabu seberat 3.029 gram yang dianggarka­n bernilai RM240,000.00 di sebuah rumah di kawasan Kampung Wakuba Batu 15 Jalan Apas, Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia