Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam Selangor tumpas tiga kes penyeludup­an rokok, minuman keras

-

PELABUHAN KLANG: Kastam Selangor menumpaska­n tiga kes penyeludup­an rokok dan minuman keras dalam tempoh kira-kira tiga minggu di sekitar Lembah Klang, melibatkan rampasan bernilai hampir RM500,000 dan cukai lebih RM2.25 juta.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata kes pertama pada 17 Dis lalu menyaksika­n Kastam Selangor mematahkan cubaan menyeludup masuk kontena bermuatan rokok tanpa permit sah dari Indonesia di Pelabuhan Utara pada 8.30 malam.

Kontena yang mengandung­i 350 kotak rokok keretek (28,000 karton) jenama Gudang Garam yang belum lulus kastam bernilai kira-kira RM470,400 dengan duti terlibat berjumlah RM2.2 juta itu cuba dibawa keluar menerusi Pintu Keluar Zon Perdaganga­n Bebas, Pelabuhan Utara menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut.

“Seorang pemandu lori bertaraf pemastauti­n tetap dan kelindan lori warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam kerana mengangkut barang belum lulus kastam dan Seksyen 135 (1)(g) Akta sama kerana cubaan fraud duti kastam serta cubaan mengelak larangan import,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Kas- tam Selangor Datuk Sarip Ismail.

Dalam kes kedua, Subromania­m berkata pihaknya merampas 500 karton bir (12,000 tin bir) yang tidak mempunyai setem cukai kastam selepas menahan sebuah lori kejur yang keluar melalui lorong perdaganga­n, pintu keluar Zon Perdaganga­n Bebas Pelabuhan Klang di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 5 Jan lepas.

Beliau berkata minuman keras jenama Asian Lager Beer yang bernilai kira-kira RM19,800 dengan duti bernilai RM83,993.98 itu, ditemui di dalam ruang penyimpana­n rahsia di dalam lori berkenaan.

“Seorang pemandu lori warga tempatan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam kerana mengangkut barang belum lulus kastam.

Jika sabit kesalalaha­n boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Kes terbaharu pada 8 Jan lepas melibatkan rampasan minuman keras belum lulus kastam yang dijual dalam talian melibatkan pasangan suami isteri, masing- masing berusia 32 dan 26 tahun yang ditahan di Bukit Tinggi, Klang, kira-kira 9 malam.

Pemeriksaa­n ke atas kenderaan pasangan itu menemui sebuah kotak mengandung­i wain jenama Peter Vella Vineyards dan dua dram bir jenama Heineken, disyaki belum lulus kastam dan susulan itu Kastam Selangor menyerbu sebuah rumah di Klang yang dijadikan tempat penyimpana­n stok minuman keras dan pemeriksaa­n menemui 32 kotak wain jenama Peter Vella Vineyards yang turut disyaki belum lulus kastam, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU SIASATAN: Tiga individu yang bergelar ahli perniagaan, pengarah dan juruteknik direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah di Mahkamah Seremban, semalam.
— Gambar Bernama BANTU SIASATAN: Tiga individu yang bergelar ahli perniagaan, pengarah dan juruteknik direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah di Mahkamah Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia