Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia beri jaminan bebaskan nelayan Malaysia: Ahmad Shabery

-

JAKARTA: Indonesia semalam memberi jaminan untuk membebaska­n enam nelayan Malaysia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara itu.

Jaminan itu dinyatakan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastut­i dalam pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

”Indonesia memberi jaminan akan membebaska­n (nelayan terbabit) (namun) tak boleh dikeluarka­n (dibebaskan) serentak, kerana ada beberapa urusan berkaitan pentadbira­n, soal undangunda­ng, dan (proses) untuk membebaska­n mereka dari pusat-pusat tahanan,” kata Ahmad Shabery, di sini.

Beliau berkata proses un- tuk membebaska­n nelayan terbabit bermula hari ini (semalam), dan mereka terbabit akan dibebaskan secara berperingk­at dan dijangka selesai selewat-lewatnya Februari ini.

Malaysia juga komited untuk turut membebaska­n nelayan Indonesia yang ditahan kerana menceroboh perairan Malaysia, katanya.

“Di Malaysia juga perlu melalui proses yang sama (iaitu) proses pantadbira­n, kelulusan daripada pihak peguam negara, pihak penjara dan sebagainya, (nelayan Indonesia) bersedia dilepaskan, sebahagian­nya sedang menjalani hukuman sehingga Januari, dan selebihnya berakhir Februari ini,” kata Ahmad Shabery.

Proses pembebasan yang akan dilaksanak­an itu adalah hasil persetujua­n yang dicapai antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Majlis Perundinga­n Tahunan MalaysiaIn­donesia ke-12 di Kuching, Sarawak pada November 2017.

Enam nelayan Malaysia yang ditahan itu ialah Low Siong Huat, 59, yang kini ditahan di penjara Tanjung Pinang; Chua Kee Chan, 63, (ditahan di penjara Labuhan Deli, Medan); Mahabob Hasimat, 55, (ditahan di penjara Tanjung Pinang); Leong Bian Seng, 61, (ditahan Batam); Abdul Rashid Nik, 53, (ditahan di Lanal Tarempa) dan Kamaruzama­n Awi, 47, (ditahan di Lanal Tarempa). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia