Utusan Borneo (Sarawak)

MINDEF pastikan agenda pendidikan warga, anak ATM diperkukuh

-

KLUANG: Kementeria­n Pertahanan ( MINDEF) komited untuk memastikan agenda pendidikan anak warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga awam kementeria­n itu diperkukuh dari semasa ke semasa.

Menterinya Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata agenda pendidikan yang merangkumi penyediaan kemudahan dan akses pendidikan berkualiti bukan dilakukan bermusim sebaliknya berterusan.

“Sehubungan itu, kami lancarkan Blueprint Agenda Pendidikan Hala Tuju Kementeria­n Pertahanan 20182022 hari ini di bawah inisiatif Jelajah Perkasa Perwira.

“ATM dan Kementeria­n Pertahanan juga terharu dengan kehadiran Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, semalam. Ini menunjukka­n Kementeria­n Pertahanan berada pada landasan betul dalam membela nasib dan kebajikan warga ATM khususnya dalam bidang pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n blueprint berkenaan di Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja, di sini semalam.

Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata beliau berasa bangga kerana blueprint yang melibatkan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kemente- rian Pendidikan Malaysia ( KPM), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia ( KKMM), Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dirangka sejak awal tahun lepas itu menjadi kenyataan untuk dilaksanak­an.

Beliau berkata blueprint itu bersandark­an tiga objektif utama iaitu memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada warga ATM, veteran ATM serta warga awam Kementeria­n Pertahanan; meningkatk­an perkhidmat­an pendidikan melalui inisiatif kebajikan pendidikan serta menaik taraf kemudahan prasarana pendidikan.

Katanya fasiliti 38 sekolah di dalam kem akan diselengga­ra manakala sembilan sekolah rendah di dalam kem dinaik taraf dari sekolah harian biasa kepada sekolah cemerlang.

Ia membabitka­n Sekolah Kebangsaan ( SK) TUDM Subang di Selangor; SK Kementah di Kuala Lumpur; SK Angkatan Tentera Jalan Ru di Johor, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kem Askar Melayu Diraja di Negeri Sembilan; SK Pangkalan Tentera Kem Batu 10 di Pahang; SK Sultan Sir Ibrahim, SK Kem Iskandar dan SK Tanjung Pengelih di Johor serta SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sabah.

“Apa yang kita lihat ini (pelancaran blueprint) cukup bersejarah kerana apa yang kita bentangkan ini secara telus bukan bermusim. Ini janji dan ikrar, komitmen kita kepada anggota dan keluarga mereka dan mereka boleh pegang pada janji kita kerana kita telah buktikan sebelum ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Hishammudd­in (empat kiri), Mahdzir (tiga kiri) dan Salleh (kiri) melihat proses pembelajar­an yang ditunjukka­n oleh Cikgu Nur Syazwani Mohamad Nazri (kanan) ketika meninjau perjalanan kelas pembelajar­an alaf-21 Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim pada Majlis Pelancaran Blueprint Agenda Pendidikan Kementeria­n Pertahanan 2018-2022 di Padang Kawad Batalion Ke-5 RAMD, Kluang semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Hishammudd­in (empat kiri), Mahdzir (tiga kiri) dan Salleh (kiri) melihat proses pembelajar­an yang ditunjukka­n oleh Cikgu Nur Syazwani Mohamad Nazri (kanan) ketika meninjau perjalanan kelas pembelajar­an alaf-21 Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim pada Majlis Pelancaran Blueprint Agenda Pendidikan Kementeria­n Pertahanan 2018-2022 di Padang Kawad Batalion Ke-5 RAMD, Kluang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia