Utusan Borneo (Sarawak)

The Straits Times perbetul laporan berkaitan pengerusi Bernama

-

SINGAPURA: The Straits Times telah membuat pembetulan terhadap satu laporan melalui versi dalam talian dan bercetakny­a yang secara silap mengaitkan­nya dengan Datuk Seri Azman Ujang, pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama.

Di bahagian bawah versi dalam taliannya, The Straits Times menambah nota berikut, bermaksud: “Dalam berita terdahulu, kami secara silap mengaitkan pengerusi agensi berita Bernama, Azman Ujang, berkaitan komen bahawa Barisan Nasional dijangka menghadapi tentangan sengit dalam pilihan raya berikutan rasa tidak puas hati orang ramai tentang skandal kerajaan dan isu kos sara hidup. Kami mengesali kesilapan itu.

Nota sama juga terdapat pada muka surat dua akhbar berkenaan di bawah ruangan “What it should have been”.

Terdahulu, komen tersebut dikaitkan dengan Az- man, yang menjayakan satu sesi perbincang­an bertajuk ‘60 Years of Merdeka: Quo Vadis, Malaysia?’ bersempena Regional Outlook Forum 2018 anjuran ISEAS - Yusof Ishak Institute di sini pada 9 Jan.

Pada Rabu, Azman menafikan dengan sekerasker­asnya laporan berkenaan yang memetik beliau sebagai berkata Barisan Nasional (BN) akan berdepan tentangan sengit pada pilihan raya umum akan datang ‘akibat rasa tidak puas hati orang ramai tentang skandal kerajaan dan isu kos sara hidup”.

Ketika membuat penafian itu, Azman berkata beliau menyatakan pada forum tersebut bahawa adalah lebih mudah bagi BN memenangi pilihan raya umum kali ini berbanding dua pilihan raya umum sebelumnya.

“Malah, saya juga memetik dapatan daripada tinjauan pendapat oleh Merdeka Centre bahawa BN akan memperoleh kembali majoriti dua pertiga yang terlepas daripada tangannya pada pilihan raya umum 2008 dan 2013,’’ katanya.

Versi dalam talian berita itu disiarkan pada 9 Jan dengan tajuk ‘Ruling coalition BN likely to retain federal power in Malaysian election: Experts’, manakala versi cetakan pula disiarkan pada hari berikutnya dengan tajuk ‘Experts tell forum BN coalition expected to retain power in Malaysia’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia