Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Bashah yakin BN boleh pertahanka­n Parlimen Langkawi

-

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkeyakin­an Barisan Nasional (BN) mampu mempertaha­nkan kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya beliau juga yakin parti itu mampu mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat dan Kuah yang telah disandang BN sejak sekian lama.

“Walaupun siapa yang bertanding, kita yakin boleh mempertaha­nkan tiga kerusi ini kerana pengundi di Langkawi boleh melihat dan menilai segala usaha kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri dalam membangunk­an Langkawi.

“Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad atau sesiapa sahaja mahu bertanding di situ boleh tetapi yang rugi nanti orang Langkawi,” katanya di sini semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bersedia bertanding dalam PRU14 membabitka­n satu daripada tiga kerusi parlimen iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi UMNO Kedah berkata rakyat Langkawi rugi jika masih mahu memilih Dr Mahathir atas alasan bekas perdana menteri itu banyak berjasa kerana katanya memang tanggungja­wab Dr Mahathir selaku pemimpin negara pada masa itu untuk membangunk­an Langkawi.

“Sekarang tugas membangunk­an Langkawi adalah pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Rakyat Langkawi jangan keliru dalam soal ini. Jika tidak di bawah BN, beliau (Dr Mahathir) tidak akan mampu membangunk­an Langkawi kerana hanya wakil rakyat BN yang mampu membawa kemajuan di pulau itu dan juga di mana sahaja kawasan di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata PPBM juga tidak mampu menerajui Pakatan Harapan di Kedah berikutan pergolakan yang berlaku di antara PPBM, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Mereka (pembangkan­g) sendiri bercelaru tengok sahaja perebutan kerusi yang masih berlaku dan kalau itu pun berlaku, macam mana mereka nak tadbir negara. Rakyat sekarang tidak bodoh, mereka boleh menilai sendiri.

“Rakyat pun sudah muak. Tak akan kita hendak biarkan dia (Tun Mahathir) mengulangi kesilapan kesilapan yang pernah dilakukann­ya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia