Utusan Borneo (Sarawak)

158,575 pekebun kecil, penoreh getah belum memohon BMT

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah masih belum membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sejak permohonan secara manual dan dalam talian dibuka pada 1 Sept lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Operasi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Suarni Sumormo berkata mereka dinasihatk­an membuat permohonan BMT selewat- lewatnya pada 31 Jan ini.

“Pemohon yang membuat permohonan pada bulan ini masih layak untuk menerima bantuan penuh sebanyak RM600 untuk tiga bulan iaitu bermula Nov lepas hingga Jan ini dengan bayaran bantuan akan diterima selewat-lewatnya pada 30 April depan,” katanya pada sidang media di sini semalam mengenai permohonan BMT yang akan berakhir pada 31 Jan ini.

Beliau berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://bmt.lgm.gov. my/Home/Applicatio­n; atau melalui aplikasi mobil LGM BMT yang dimuat naik daripada Google Play Store; atau menghantar borang BMT di mana- mana pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM) wilayah atau negeri.

Suarni berkata pada 30 Sept lepas, 500,730 pekebun kecil getah dan penoreh telah didaftarka­n dalam pangkalan data BMT dan daripada jumlah itu 483,941 orang layak untuk memohon BMT.

Menurutnya setakat Selasa lepas, 325,366 pekebun kecil getah dan penoreh getah telah menerima BMT.

Pada pembentang­an Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumka­n bantuan kewangan RM200 sebulan selama tiga bulan dari November 2017 hingga Januari 2018 akan diberi kepada pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara berikutan musim tengkujuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia