Utusan Borneo (Sarawak)

Kelibat Thiem pada Terbuka Australia diragui, tarik diri dari kejohanan Klasik Kooyong

-

Inggeris Ahad lepas. Dan dengan Arsenal sekali lagi beraksi di bawah tahap sebenar sekali lagi, berbeza dengan kekalahan di Nottingham, Wenger kelihatan bersemanga­t dengan aksi ditunjukka­n pemainnya untuk mengekang asakan Chelsea. “Saya merasakan ada semangat perpaduan yang hebat dalam pasukan. Saya gembira dengan semangat dan keazaman pasukan,” kata Wenger. “Pertama sekali anda perlu kebal tetapi secara idealnya, anda juga mahu menjaringk­an gol.”

Conte sebelum ini menurunkan kebanyakan pemain simpanan ketika pasukannya melangkah ke separuh akhir tetapi Eden Hazard, kembali dari kecederaan, N’Golo Kante dan penjaga gol Thibaut Courtois diturunkan.

Wenger membuat kejutan dengan memulakan Alexis Sanchez di bangku simpanan dengan spekulasi perpindaha­n beliau ke Manchester City sementara Mesut Ozil tidak beraksi kerana kecederaan lutut.

Wenger menonton perlawanan dari tempat duduk VIP kerana digantung satu perlawanan dan beliau ke- lihatan gelisah pada awal permainan apabila hantaran Hazard kepada Alvaro Morata gagal disempurna­kan dengan baik.

Selepas asakan awal, Arsenal mempunyai peluang apabila Alexandre Lacazette melepasi pertahanan Chelsea untuk mendapatka­n umpanan Jack Wilshere tetapi beliau mensia- siakan penyudah akhir.

Pemain sayap Chelsea, Victor Moses kemudian menguji penjaga gol Arsenal, David Ospina sebelum menepis rembatan susulan Morata.

Moses sentiasa mengucarka­cirkan pertahanan Arsenal dan mempunyai satu lagi peluang tetapi rembatanny­a terkena palang.

Alex Iwobi diturunkan walaupun Wenger berkata beliau mungkin akan didenda oleh kelab kerana dilaporkan berpesta sehingga awal pagi Sabtu dan beliau membalas kepercayaa­n Wenger dengan satu cubaan yang ditepis Courtois.

Apabila Maitland- Niles terjatuh ketika diasak oleh Moses dalam kotak penalti, pengadil Martin Atkinson mendapatka­n nasihat VAR tetapi tiada penalti diberikan.

Fabregas juga hampir meletakkan Chelsea di hadapan sebelum rehat tetapi bekas bintang Arsenal itu melihat tandukanny­a tepat ke dakapan Ospina.

Separuh masa kedua menyaksika­n penguasaan yang sama dari Chelsea tetapi mereka tetap gagal menembusi pintu gol Arsenal sehingga ke wisel penamat. — AFP MELBOURNE,Australia: Persediaan Dominic Thiem untuk Terbuka Australia terjejas lagi apabila pemain ranking kelima dunia itu terpaksa menarik diri dari kejohanan pertunjuka­n Klasik Kooyong Khamis lepas.

Pemain dari Austria itu menghabisk­an empat hari di atas katil kerana satu virus selepas menarik diri dari kejohanan di Doha minggu lepas selain mengalami keletihan penerbanga­n, tewas 6-1 dan 6-4 kepada Novak Djokovic pada perlawanan Rabu lepas.

Pemain berusia 24 tahun itu, yang melangkah ke pusingan keempat di Terbuka Australia, berkata selepas perlawanan pusingan awal, beliau merasakan beliau sudah pulih dari masalah serangan virus tetapi Khamis lepas, menarik diri dari perlawanan menentang Lucas Pouille dari Perancis.

Andy Murray dan Kei Nishikori sudah mengesahka­n tidak akan beraksi di Terbuka Australia kerana kecederaan dan ada juga keraguan tentang tahap kecergasan Rafael Nada, Stanislas Wawrinka dan Djokovic. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ?? — Gambar AFP ?? TETAP KOMITED: Sanchez (kanan) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Chelsea, Andreas Christense­n ketika beraksi pada perlawanan di Stamford Bridge, London kelmarin.
— Gambar AFP TETAP KOMITED: Sanchez (kanan) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Chelsea, Andreas Christense­n ketika beraksi pada perlawanan di Stamford Bridge, London kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia