Utusan Borneo (Sarawak)

The Reds sedia sentak impian kejuaraan Liga Perdana City tanpa sokongan Coutinho

-

LONDON, England: Kedudukan liga mencadangk­an Liverpool mempunyai harapan realistik untuk menyentak kemaraan Manchester City ke arah kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila kedua-dua pasukan bertemu Ahad ini, walaupun mereka harus belajar dengan segera bagaimana mengharung­i kehidupan tanpa Philippe Coutinho.

Coutinho melengkapk­an perpindaha­n bernilai 142 juta pound ke Barcelona Isnin lepas, bermakna “empat terhebat” Liverpool kini hanya tinggal tiga.

City, belum tewas dalam liga setakat musim ini, memiliki kelebihan 15 mata berbanding pencabar terdekat, Manchester United dan menjaringk­an gol lebih banyak dari manamana kelab dengan 64 gol tetapi Liverpool, di tangga keempat, di kedudukan kedua dengan 50 gol.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu masih belum tewas dalam 17 perlawanan untuk semua pertanding­an sejak dimalukan 1-4 oleh Tottenham Hotspur pada 22 Oktober.

Pemain sayap, Mohamed Salah, dijangka kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan dan beliau serta Sadio Mane, dijangka akan bermain bersama-sama Roberto Firmino. Walaupun Coutinho tidak lagi memberikan sokongan kepada tiga pemain penyerang ini, mereka masih memiliki kepantasan dan mampu mengucar-kacirkan pertahanan City. Bekas pemain tengah Liverpool, Jason McAteer, percaya Liverpool boleh menembusi pertahanan City. “Kita tahu kualiti Manchester City, kita tahu mereka berada sangat jauh di tangga teratas (liga) ketika ini tetapi saya fikir L i v e r - pool boleh menyaingi m a n a - mana kelab ketika di tahap terbaik mere- ka,” kata McAteer. “Mereka sangat bagus ketika menyerang. Anda harus berwaspada dengan jentera serangan yang mereka miliki tetapi akan ada kelemahann­ya. “Jika anda boleh mencari sedikit ruang di benteng pertahanan, di mana s a y a percaya k a m i b o l e h , m a k a ada peluang untuk menjaringk­an gol.” City bagaimanap­un mahu mengulangi kemenangan besar 50 ke atas Liverpool di Etihad dalam aksi liga pada bulan September tetapi beraksi tanpa penyerang Gabriel Jesus, yang menjaringk­an dua gol ketika itu. Kali ini, Liverpool mempunyai Virgil van Dijk, yang dijangka akan membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana selepas perpindaha­n dari Southampto­n. Van Dijk meraikan penampilan sulung bersama Liverpool apabila menjaringk­an gol lewat untuk menewaskan Everton 2- 1 dalam Piala FA. P e m a i n tengah City, Kevin De Bruyne berkata pasukannya han- ya memberikan fokus kepada prestasi mereka sendiri. “Kami akan ke sana untuk menang,” kata beliau. “Mereka akan menurunkan skuad terkuat dan mereka mahu memburu tempat dalam Liga JuaraJuara musim hadapan. “K a m i h a n y a a k a n c u b a melakukan apa yang boleh kami lakukan dengan baik dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.”

Pada perlawanan lain, Manchester United menanti kunjungan Stoke City pada perlawanan hari Isnin, dengan Stoke tanpa pengurus ekoran pemecatan Mark Hughes ekoran kekalahan kepada kelab Liga Dua, Coventry City dalam Piala FA.

Eddie Niedzwieck­i diberi tugas membimbing kelab buat sementara pada perlawanan di Old Trafford, dengan United mahu mengekalka­n rentak kemenangan untuk mengejar City.

Juara bertahan, Chelsea, akan menanti kunjungan Leicester City pada perlawanan hari Sabtu, di mana kemenangan akan membolehka­n mereka memintas United ke tangga kedua buat seketika.

Tottenham Hotspur melayani kunjungan Everton, juga pada perlawanan hari Sabtu sementara Arsenal bertandang ke Bournemout­h pada hari Ahad. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? SEMOGA BERJAYA: Liverpool harus bersedia melupakan khidmat Couthino pada per l awanan Liga Perdana Inggeris menentang City di Stadium Etihad, Manchester Ahad ini.
— Gambar AFP SEMOGA BERJAYA: Liverpool harus bersedia melupakan khidmat Couthino pada per l awanan Liga Perdana Inggeris menentang City di Stadium Etihad, Manchester Ahad ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia