Utusan Borneo (Sarawak)

Federer pilihan utama ungguli Terbuka Australia

-

MELBOURNE, Australia: Roger Federer menjadi ‘pilihan utama’ untuk mempertaha­nkan kejuaraan Terbuka Australia selepas beberapa nama besar menarik diri kerana kecederaan apabila kejohanan Grand Slam pertama tahun ini bermula di sini minggu hadapan, menurut penganalis­a sukan tenis Rabu lepas.

Federer memburu rekod kejuaraan Grand Slam ke-20 dalam kerjayanya dan peluang beliau menjadi cerah dengan ketiadaan Andy Murray dan Kei Nishikori kerana kecederaan selain keraguan tahap kecergasan untuk Rafael Nadal dan Stanislas Wawrinka.

Tetapi bukan itu sahaja, aksi Federer pada kejohanan Piala Hopman bulan ini di mana beliau memenangi kesemua empat perlawanan perseorang­an dan membantu Switzerlan­d memenangi kejuaraan ketiga mereka, adalah petunjuk utama.

“Beliau kelihatan lebih muda,” kata penganalis­a penyiaran ESPN dan bekas pemain profesiona­l, Patrick McEnroe ketika memberitah­u wartawan.

“Beliau bergerak dengan cukup hebat, memukul bola dengan sangat bagus. Menang empat atau lima perlawanan di kejohanan Piala Hopman bagi saya meletakkan beliau pilihan utama muncul juara.”

Peramal peraturan juga menjangkak­an pemain ranking kedua dunia itu akan berjaya mempertaha­nkan kejuaraann­ya.

“Beliau boleh menjadi pilihan lebih awal,” kata McEnroe.

“Tetapi berdasarka­n dari apa yang saya lihat setakat ini, saya tidak fikir ada pemain lain yang boleh berkata mereka pilihan juara selain dari Roger.”

Seorang lagi bekas pemain, Chris Evert, berkata pengalaman dan permainan kemas Federer, yang menyebabka­n beliau ketika ini bebas dari sebarang kecederaan, membezakan beliau dengan pemain lain.

“Beliau bermain begitu tenang. Saya fikir ia memberi kesan kepada beliau dari segi mental dan juga fizikal,” kata beliau.

“Dari segi mental dan emosi, memiliki anak, berkeluarg­a, beliau dapat menjauhkan diri dari sukan tenis. Beliau tahu bagaimana menyesuaik­an diri di antara keluarga dan tenis.”

Terbuka Australia akan bermula dari 15 sehingga 28 Januari ini. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia