Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Neymar, Rabiot pastikan skuad Emery benam Amiens 2-0 pada aksi suku akhir di Stade de la Licorne

-

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Undergroun­d Runners Bintulu (UGR) akan menganjurk­an EcoFit Road and Trail Challenge 2.0 pada 11 Mac depan di universiti berkenaan.

Ahli jawatankua­sa publisiti Abdul Mohammad Omar berkata, jarak bagi acara larian yang dipertandi­ngkan ialah lima kilometer dan 13 kilometer.

“Laluan larian merangkumi kawasan ladang di UPMKB dan Hutan Nirwana di Bukit Nyabau serta laluan sepanjang jalan tar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bintulu No.2 menuju ke Menara Telekom.

“Masa pelepasan peserta ialah jam 6 pagi di UPMKB,” ujarnya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak penganjur akan membuka pintu masuk ke UPMKB melalui Taman Li Hua pada jam 3 pagi, manakala pintu masuk dari Jalan Nyabau akan dibuka jam 4 pagi.

Katanya, objektif acara ialah menggalakk­an gaya hidup sihat dan cintakan alam semula jadi dalam kalangan peserta.

“Ia juga selari dengan tema Eco-Fit (Ecology and Fitness) serta mengutip dana di bawah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihak universiti dan UGR yang merangkumi kesihatan, pendidikan dan keperluan khas,” tambahnya.

Dua kategori dipertandi­ngkan iaitu terbuka lelaki dan wanita 13 kilometer dan lima kilometer terbuka lelaki dan wanita berumur 15 tahun dan ke atas.

Tarikh tutup penyertaan pada 15 Februari ini dan keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubung­i Khairul menerusi talian 019-8252500 atau Carlina (019-8340886). PARIS, Perancis: Neymar menjaringk­an tendangan penalti dalam separuh masa kedua ketika juara bertahan empat kali, Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Amiens 2-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Liga Perancis Rabu lepas.

PSG sekali lagi beraksi tanpa penjaring terbanyak, Edinson Cavani, yang turut tidak beraksi pada Piala Perancis menentang Rennes Ahad lepas kerana tiba lewat dari cuti Krismas dan Tahun Baharu di Uruguay.

Harapan Amiens untuk mencipta kejutan bagaimanap­un berkecai dengan penyingkir­an penjaga golnya, Regis Gurtner pada minit ke-34 kerana kekasaran ke atas Kylian Mbappe.

Dan Neymar akhirnya membuka jaringan buat PSG dari satu tendangan penalti, lapan minit selepas rehat pada perlawanan di Stade de la Licorne.

Mbappe, yang dinafikan gol dengan tepisan JeanChrist­ophe Bouet, juga melihat beberapa cubaannya tersasar.

Marquinhos juga melihat rembatanny­a terkena palang dari umpanan Giovani Lo Celso sebelum Adrien Rabiot melengkapk­an jaringan untuk kemenangan ke- 35 berturut-turut PSG dalam pertanding­an piala domestik dari tendangan sudut Angel Di Maria pada minit ke-78.

Gol itu diberikan berikutan

Pasukan kami bekerjaker­as tetapi kami tidak menyerlah seperti Ahad lepas. Kami juga tidak memberikan peluang. Ia mudah untuk menang kerana kami bermain dengan lebih seorang pemain. Unai Emery Jurulatih PSG

nasihat dari video bantuan pengadil (VAR) – digunakan untuk baki pertanding­an sebagai eksperimen menjelang penggunaan penuh dalam Ligue 1 pada musim hadapan – selepas teknologi garisan gol gagal mengesahka­nnya.

“Pasukan kami bekerjaker­as tetapi kami tidak menyerlah seperti Ahad lepas. Kami juga tidak memberikan peluang. Ia mudah untuk menang kerana kami bermain dengan lebih seorang pemain,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

PSG akan bertandang ke Rennes, yang mereka tewas 6-1 pada pusingan 64 akhir Piala Perancis, di peringkat separuh akhir kejohanan akhir bulan ini.

“Semua pasukan mahu bermain di tempat sendiri tetapi kami akan sekali lagi bertandang ke gelanggang lawan dan keazaman untuk melangkah ke final dan me- menangi kejohanan,” tambah Emery.

Pada perlawanan lain, Montpellie­r menewaskan Angers 1-0 di gelanggang lawan menerusi gol Isaac Mbenza sementara Rennes menewaskan Toulouse 4-2 dengan dua gol lewat Adrien Hunou. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENJATA UTAMA PSG: Neymar (tengah) mempamerka­n aksi penuh bertenaga pada perlawanan suku akhir Piala Liga Perancis di Stade de la Licorne, Amiens pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters SENJATA UTAMA PSG: Neymar (tengah) mempamerka­n aksi penuh bertenaga pada perlawanan suku akhir Piala Liga Perancis di Stade de la Licorne, Amiens pada Rabu lepas.
 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia