Utusan Borneo (Sarawak)

243 perenang bakal berentap dalam Kejohanan Renang Peringkat Umur Sibu

-

SIBU: Seramai 243 perenang dari 20 sekolah di sini akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Renang Jemputan Peringkat Umur Sibu yang akan diadakan di Kolam Renang Bukit Lima mulai hari ini hingga 14 Januari.

Presiden Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA) Oliver Kuo berkata sebanyak 192 acara akan dipertandi­ngkan dalam kejohanan selama tiga hari itu.

Kejohanan dibahagi kepada enam kategori iaitu Lelaki dan Perempuan Kumpulan A, B, C, D dan E serta acara terbuka.

Kuo berkata, dua perenang paralimpik dari Kanowit juga akan mengambil bahagian.

“Ini satu petanda yang baik dan diharap lebih ramai perenang paralimpik akan mengambil bahagian dalam kejohanan seumpama ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media kelmarin. Turut hadir Setiausaha SASA Tony Hii yang juga penyelaras kejohanan tersebut.

Bagi kategori sekolah rendah, SJK Methodist menghantar kontinjen terbesar iaitu 37 peserta, diikuti SJK Tung Hua (32), SJK Ek Thei (15), SJK Su Lai (13), SJK Chung Sing (10), manakala SJK Taman Rajang, SJK Kiew Nan, SK Bandaran Sibu No.4 (2) dan seorang peserta masing-masing dari SK Agama dan SJK Chung Hua.

Kategori sekolah menengah pula menyaksika­n SMK Chung Hua menghantar 39 perenang, SMK Methodist (33), SMK Sacred Heart (13), SM katolik Tinggi dan SM Wong Nai Siong (10), SMK Tung Hua (6), Woodlands Internatio­nal School (5) dan masing-masing seorang perenang dari SMK Lanang dan SMK St Elizabeth.

Kuo berkata, pemenang utama kejohanan akan dipilih mewakili Sibu dalam Kejohanan Renang Peringkat Umur Sarawak yang dijadualka­n berlangsun­g di Miri dari 2 hingga 4 Februari depan.

“Perenang terbaik negeri pula akan mewakili Sarawak dalam Kejohanan Renang Peringkat Umur Kebangsaan di Semenanjun­g pada lewat tahun ini,” jelasnya.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King dijangka merasmikan majlis penutupan kejohanan itu pada 14 Januari, jam 5.30 petang.

Kuo juga mengucapka­n terima kasih kepada Kumpulan Syarikat Ta Ann kerana menaja semua pingat dan trofi bagi kejohanan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia