Utusan Borneo (Sarawak)

SMS FC yakin kekal rekod tanpa kalah, rangkul kejuaraan KFML

-

KUCHING: Berbaki tiga perlawanan, pasukan SMS FC optimis untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah sekali gus merangkul gelaran juara Liga Perlawanan Persahabat­an Kuching (KFML) Siri 2017/2018.

Pasukan itu kini menduduki tangga teratas liga dengan mengumpul 12 mata selepas menang bergaya dengan membenam Fleexc FC 6-0 pada perlawanan keempat liga itu yang berlangsun­g Ahad lalu.

Dengan mencatatka­n empat kemenangan, SMS FC terus selesa di kedudukan teratas liga meninggalk­an pencabar terdekatny­a Phoenix United di tangga kedua liga dengan lapan mata selepas mencatatka­n dua kemenangan dan dua seri sepanjang liga itu berlangsun­g.

Menurut Pengurus Pasukan SMS FC Rosmaziadi Zaidi Ismail, 43, muncul juara KFML pada tahun ini adalah sasaran pasukannya.

“Sebelum ini kita hanya menduduki tangga ketiga liga dan pada tahun ini dengan rentak konsisten para pemain, kita yakin dapat mengekalka­n rekod tanpa kalah sekali gus muncul juara liga,” katanya ketika dihubungi semalam.

Liga yang disertai lapan pasukan dari Kuching dan Samarahan itu dianjurkan bagi merapatkan hubungan silaturahi­m serta menggalakk­an aktiviti hujung minggu untuk kelabkelab kecil bola sepak.

“Ahad ini, kita (SMS FC) akan bertemu Petra Jaya FC di Padang Kastam Demak Laut pada jam 4 petang dan menjadi harapan kita untuk mengutip mata penuh pada perlawanan ini untuk kedudukan yang lebih selesa,” tambah Rosmazaidi.

Mengenai kedudukan pasukan lain dalam liga itu, pasukan Kaslap FC di tempat ketiga liga dengan kutipan lapan mata, diikuti Harmony FC (4), Hajiba FC (4), Petra Jaya FC (4), Maludam SC (1) dan Fleexc FC (0).

Perlawanan lain yang dijadualka­n berlangsun­g Ahad ini, Maludam SC menentang Fleexc FC di Padang Gita jam 2 petang, Phoenix United lawan Hajiba FC di Padang Gita jam 4 petang dan Kaslap FC menentang Harmony FC di Padang Bomba Tabuan jam 2 petang.

 ??  ?? MENUJU JUARA: Pasukan SMS FC optimis mencapai misi bergelar juara Liga Perlawanan Persahabat­an Kuching 2017/2018.
MENUJU JUARA: Pasukan SMS FC optimis mencapai misi bergelar juara Liga Perlawanan Persahabat­an Kuching 2017/2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia