Utusan Borneo (Sarawak)

Tatkala angka kematian akibat bencana terburuk di selatan California cecah 17

-

MONTECITO: Penyelamat kelmarin menggunaka­n anjing dan helikopter untuk mencari mangsa banjir lumpur kuat yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 17 nyawa dalam sebuah komuniti selatan California yang juga tempat asal selebriti besar termasuk Oprah Winfrey.

Hujan lebat Selasa lepas menyebabka­n lumpur dan puing setinggi paras pinggang mengalir dari bukit ke Montecito dan bandar lain di Santa Barbara County ke barat laut Los Angeles, yang masih belum pulih daripada kebakaran belantara yang buruk pada bulan lepas.

“Kami dengan dukacita melaporkan bilangan kematian kini sudah meningkat kepada 17,” kata Syerif Santa Barbara County Bill Brown kepada pemberita, dan menambah ia adalah “satu lagi hari yang amat mencabar sekali”.

Sekurang- kurangnya 28 orang cedera, kata pihak berkuasa, manakala 30,000 masih tertakluk kepada arahan evakuasi mandatori.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengeluark­an rakaman sepasang suami isteri, dua orang anak kecil mereka dan dua ekor anjing diselamatk­an dari bumbung mereka dan ditarik ke atas sebuah helikopter dalam bakul.

Jentolak kuning membersihk­an bertan- tan lumpur coklat yang melekit di jalan raya di Montecito dan bandar lain manakala pekerja utiliti memulihkan talian tenaga yang terputus.

Oprah Winfrey, pengacara program bual bicara yang disebut-sebut pada minggu ini sebagai calon 2020 yang berpotensi untuk Rumah Putih, adalah antara mereka yang terjejas disebabkan oleh banjir lumpur.

Winfrey menunjukka­n video dirinya di luar rumah agamnya di Montecito dalam lumpur yang hampir sampai ke paras lutut.

Di beberapa kawasan kejiranan yang masih menunjukka­n kesan daripada kebakaran ‘Thomas Fire’, rumah musnah sepenuhnya manakala rumah berdekatan tidak disentuh.

“Sebahagian daripada masalah dengan perkara ini ialah kebakaran mewujudkan situasi di mana tanah dapat dihanyutka­n,” kata seorang penduduk di Carpinteri­a yang berdekatan, Richard Targonia.

“Jika kita masih ada semua tumbuh-tumbuhan di atas bukit, ia tidak mungkin isu yang begitu serius,” kata Targonia.

“Saya sudah tinggal di sini seluruh hidup saya,” kata Melissa Ausanka-Crues, 29, seorang jururawat.

“Keluarga saya ada rumah di sini selama 30 tahun dan tidak pernah melihat sesuatu seperti ini.”

Pengacara program bual bicara Ellen DeGeneres merupakan seorang lagi penduduk Montecito yang menerima impak daripada taufan itu.

DeGeneres memaparkan gambar dalam Twitter yang menunjukka­n dirinya berdiri dalam lumpur di sebelah sebatang pokok yang tumbang dekat rumahnya.

“Ini adalah jalan di hadapan rumah kami,” katanya. “Saya tidak tahu apa-apa lagi mengenai rumah kami. Saya sangat sedih untuk komuniti kami di Montecito.”

Tom Oschner, yang telah datang untuk memeriksa rumah kakaknya berkata kemusnahan amat dahsyat sekali.

“Ia adalah total. Lumpur ada jauh di dalam. Beberapa struktur dihanyutka­n,” katanya dan menambah bangunan berkenaan kini penuh dengan puing dan pokok.

Syerif Brown terdahulu memberitah­u rancangan CBS ‘ This Morning’ beberapa penduduk tidak mempedulik­an arahan evakuasi.

“Saya rasa kebanyakan orang amat terkejut dengan kerosakan yang begitu meluas dan impak yang begitu besar ke atas kawasan ini,” kata Brown.

“Walaupun kami tahu ini akan berlaku, kita tidak dapat tidak asa takjub dengan kekuatan taufan dan hasil banjir lumpur dan air yang mengalir di lereng bukit.”

Jalan tersumbat di seluruh daerah berkenaan dengan aliran lumpur yang menutup lebih 50 kilometer lebuh raya 101 Freeway pada Selasa lepas dan meratakan beberapa buah rumah.

Jumlah hujan tertinggi direkodkan selebat 13 sentimeter di Ventura County, menurut Jabatan Kaji Cuaca Negara.

Kebanyakan kawasan terjejas adalah tanah yang dimusnahka­n oleh kebakaran Thomas yang begitu besar beberapa minggu lalu, kebakaran belantara kedua terbesar dalam sejarah California. Arahan evakuasi dikeluarka­n dalam satu bahagian di Burbank, bandar pinggir Los Angeles yang mengalami banjir lumpur yang menghanyut­kan kereta dari jalan dan membawanya ke hilir sungai.

Kejadian itu turut menyebabka­n kebocoran gas yang “signifikan”, dan kerja baik pulih menyebabka­n rumah tiada bekalan gas, elektrik atau air.

Di Lapangan Terbang Antarabang­sa Los Angeles, banjir memaksa penutupan kawasan kastam di Terminal 2.

Hujan lebih ringan di gurun berbanding di kawasan pantai tetapi hujan memecah rekod 1.13 inci yang dicipta di Palm Springs pada 9 Januari 1980, menurut jabatan kaji cuaca.

Hujan itu hampir tiada lagi menjelang petang Selasa tetapi ancaman banjir lumpur lain masih wujud.

Taufan itu berlaku selepas kemarau selama 10 bulan yang menyusuli hujan lebat pada Januari dan Februari tahun lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? OPERASI MENYELAMAT: Anggota penyelamat mencari mangsa banjir lumpur kuat yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 17 nyawa selepas hujan lebat Selasa lepas menyebabka­n lumpur dan puing setinggi paras pinggang mengalir dari bukit ke Montecito dan bandar...
— Gambar AFP OPERASI MENYELAMAT: Anggota penyelamat mencari mangsa banjir lumpur kuat yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 17 nyawa selepas hujan lebat Selasa lepas menyebabka­n lumpur dan puing setinggi paras pinggang mengalir dari bukit ke Montecito dan bandar...
 ?? — Gambar AFP ?? KEJAM: Gambar serahan Koala Rescue Queensland menunjukka­n bangkai koala dijumpai diskru pada sebatang tiang dalam satu perbuatan ‘menjijikka­n’ yang mencetuska­n kemarahan dalam media sosial di Australia semalam.
— Gambar AFP KEJAM: Gambar serahan Koala Rescue Queensland menunjukka­n bangkai koala dijumpai diskru pada sebatang tiang dalam satu perbuatan ‘menjijikka­n’ yang mencetuska­n kemarahan dalam media sosial di Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia