Utusan Borneo (Sarawak)

Bangkai koala diskru pada tiang cetus kemarahan netizen

-

SYDNEY: Bangkai seekor koala telah dijumpai diskru pada sebatang tiang di Australia dalam satu perbuatan “menjijikka­n” yang mencetuska­n kemarahan semalam dalam media sosial.

Koala Rescue Queensland ( KRQ) bertindak kepada satu laporan mengenai salah seekor haiwan itu yang menaiki sebuah pusat perlindung­an piknik di Brooloo Park Lookout dekat Gympie, 175 kilometer ke utara Brisbane, kelmarin.

Tetapi selepas melakukan pemeriksaa­n lebih dekat, ia didapati sudah mati dan diskru pada tiang.

“Koala yang malang ini telah diskru pada tiang dengan skru binaan,” katanya dalam Facebook.

“Ia sudah mati, tetapi sama ada ia sudah mati atau tidak ketika ia diskru dengan kejam pada struktur berkenaan tidak diketahui.”

Presiden KRQ Murray Chambers berkata dia sangka dia mendengar suara dalam kepalanya ketika diberitahu tentang insiden itu.

“Kami ada koala yang ditembak beberapa kali. Kami ada koala yang sengaja dilanggar, tetapi ini adalah kali pertama orang gila telah menskru koala pada sebuah bangunan,” katanya kepada badan penyiaran ABC.

“Anda tahu, maksud saya, apa kena dengan masyarakat? Ia membuatkan anda rasa mual.”

Penemuan mengerikan itu mencetuska­n kemarahan dalam laman Facebook KRQ, dengan ratusan komen yang menyelar perbuatan “meloyakan” itu.

“Sukar untuk bayangkan ada orang yang boleh tunduk serendah itu,” kata Tim Siggs, manakala Elly Bunting menambah: “Teruk sama sekali. Saya benar-benar berharap pesalah ini ditangkap dan diambil tindakan dan bukan dengan hanya teguran sahaja.”

Koala yang begitu disayangi semakin terancam di seluruh Australia sejak beberapa dekad yang lalu, khususnya kerana kehilangan habitat, penyakit, serangan anjing dan kebakaran semak.

Kiraan kebangsaan pada 2012 menganggar­kan jumlah keseluruha­n 330,000 ekor, tetapi habitat mereka di atas pokok menyukarka­n usaha untuk membuat penilaian yang tepat.

Ini bukan kali pertama koala dilayan dengan buruk.

Pada November lalu, seekor koala dijumpai mati di negeri Victoria dengan kedua-dua telinganya dipotong, kejadian terbaharu dalam siri pencacatan haiwan di sekitar bandar Warrnamboo­l.

Polis berkata ketika itu ia menyusuli siri pencacatan kangaru dan walabi di kawasan tersebut.

Pada awal tahun lepas seekor kanggaru dijumpai mati ditembak, dikenakan pakaian cetak harimau bintang, dan diikat pada kerusi sambil memegang sebotol ouzo, juga di negeri Victoria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia