Utusan Borneo (Sarawak)

Perompak larikan barangan kemas Ritz 4 juta euro

-

PARIS: Perompak bersenjata melancarka­n rompakan menakjubka­n ke atas hotel Ritz di Paris yang terkenal di dunia kelmarin, dan melarikan barangan kemas bernilai kira- kira empat juta euro (RM19.2 juta), kejadian terbaharu dalam siri rompakan berprofil tinggi di ibu negara Perancis.

Geng lima lelaki bersenjata­kan kapak kecil memecah tingkap pameran di tingkat bawah hotel itu di Place Vendome yang mewah di Paris sekitar jam 6.30 petang (waktu tempatan) dan melarikan barangan kemas tersebut.

Tiga anggota geng terbabit ditahan ketika mereka melarikan diri dari tempat kejadian dan seorang wartawan AFP berkata beberapa jalan di sekitar hotel ditutup oleh pasukan keselamata­n ekoran insiden itu.

Dua orang masih diburu oleh pihak berkuasa pada petang semalam.

“Kami terdengar bunyi kuat dan bising di luar,” kata pekerja hotel kepada AFP.

“Orang yang lalu-lalang mencari perlindung­an di dalam hotel. Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku sehingga seseorang memberitah­u kami bahawa satu rompakan telah berlaku.”

Seorang lagi pekerja berkata dia ternampak sebuah motosikal memecut di jalan belakang hotel selepas rompakan.

Beberapa jenama mewah mempamerka­n barangan kemas mereka di tingkap depan jalan Ritz.

Sumber kehakiman menganggar­kan nilai barangan keas yang dirompak bernilai “lebih empat juta euro”.

Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb memuji “profesiona­lisme” polis, dan berkata mereka “membanggak­an pasukan polis kita”.

Pendakwa raya Paris telah membuka siasatan ke atas rompakan itu, menurut sumber kehakiman.

Place Vendome, dengan pameran tingkap yang mewah oleh penjual barangan kemas dan pembuat jam mewah, sudah menyaksika­n beberapa rompakan waktu siang yang berani.

Kawalan keselamata­n telah dipertingk­atkan di kawasan kejadian, yang turut menempatka­n kementeria­n keadilan Perancis, pada 2014 selepas beberapa rompakan bersenjata yang berani di Place Vendome di mana barangan kemas bernilai antara 420,000 hingga dua juta euro (RM2.02 juta – RM9.6 juta) dicuri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia