Utusan Borneo (Sarawak)

283 syarikat BioNexus peroleh pelaburan dilulus RM6.81 bilion

Syarikat turut sumbang 10,665 pekerjaan, naik 4.2% dari 10,238 pada 2016

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 283 syarikat BioNexus telah ditubuhkan di Malaysia setakat Disember 2017, dengan pelaburan diluluskan bernilai RM6.81 bilion, peningkata­n 2.2 peratus berbanding RM6.66 bilion pada 2016.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata syarikat- syarikat itu juga menyumbang 10,665 pewujudan pekerjaan, naik 4.2 peratus daripada 10,238 pada 2016.

Beliau berkata syarikat berstatus BioNexus mencatatka­n purata kadar pertumbuha­n tahunan 18 peratus dari segi penjanaan hasil dari 2008 hingga Disember 2017.

“Pencapaian ini menunjukka­n Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk cemerlang dalam industri berasaskan bio dengan menumpukan kepada bidang berimpak tinggi, pertumbuha­n tinggi dan teknologi tinggi, yang berupaya memacu pembanguna­n teknologi tempatan, menjana peluang ekonomi baharu dan mewujudkan spektrum meluas sektor berasaskan novel bio di negara ini,” katanya pada program Hari Bioekonomi 2018, di sini, semalam.

Status BioNexus diberikan kepada syarikat berasaskan bio yang berjaya dalam bidang bioteknolo­gi.

Madius berkata pencapaian syarikat BioNexus dan projek-projek yang diperoleh di bawah Program Transforma­si Bioekonomi (BTP) dan Program Pembanguna­n Komuniti Bioekonomi ( BCDP) mencermink­an kekuatan industri berasaskan bio Malaysia yang terus bertahan meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kompetitif.

Meskipun projek BCDP menumpukan membawa impak kepada masyarakat, projek VTP menyediaka­n kepentinga­n ekonomi dengan menumpukan kepada pengkomers­ialan produk bernilai tinggi yang boleh menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia.

Pada Disember 2017, sebanyak 37 projek BCDP dilaksanak­an melibatkan lebih 2,800 peserta termasuk projek jerami padi di Pendang, Kedah dan projek penanaman nanas di Lekir, Perak.

Sementara itu, sebanyak 77 projek pencetus telah diperoleh di bawah BTP yang disasarkan untuk menyediaka­n lebih 26,700 peluang pekerjaan dan memperoleh pelaburan kumulatif bernilai lebih RM17 bilion menjelang 2020.

Antara projek BTP yang utama adalah penggunaan bahan bio yang diperoleh daripada minyak sawit dan sisa sawit seperti pembanguna­n, pengeluara­n dan pengkomers­ialan kertas beralur menggunaka­n tandan buah kosong di Pahang, pengeluara­n dan pengkomers­ialan ramuan makanan khusus yang diperoleh daripada minyak sawit dan membuka kemudahan pengeluara­n minyak sawit merah tambahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Ahmad Maslan (kanan) diiringi Hamsan ketika merasmikan Portal Yayasan Amal Maaruf Malaysia pada Majlis Kesyukuran, Ramah Mesra di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, kelmarin.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Ahmad Maslan (kanan) diiringi Hamsan ketika merasmikan Portal Yayasan Amal Maaruf Malaysia pada Majlis Kesyukuran, Ramah Mesra di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia