Utusan Borneo (Sarawak)

IPP Malaysia meningkat 5.0 peratus pada November

-

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian Malaysia (IPP) meningkat 5.0 peratus tahun ke tahun kepada 134.8 pada November 2017, disokong oleh pertumbuha­n positif dalam pengeluara­n tiga sektor utama – pembuatan, perlombong­an dan elektrik.

Indeks pembuatan melonjak 6.7 peratus pada bulan itu, manakala perlombong­an naik 0.2 peratus dan elektrik sebanyak 3.9 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan semalam.

Ia berkata indeks bagi Oktober 2017 tidak berubah pada 3.4 peratus tahun ke tahun.

Jabatan ini berkata pada asas tahun ke tahun, subsektor utama pembuatan, yang mencatatka­n pengembang­an pada November 2017 ialah petroleum, bahan kimia, getah dan produk plastik (7.5 peratus), produk elektrik dan elektronik (6.9 peratus) dan makanan, minuman dan produk tembakau (8.2 peratus).

Pada asas bulan ke bulan, IPP pada November 2017 mencatatka­n peningkata­n 1.9 peratus disebabkan peningkata­n indeks pembuatan sebanyak 2.8 peratus dan indeks elektrik sebanyak 0.8 peratus manakala indeks perlombong­an tidak berubah.

Secara kumulatif, IPP meningkat 4.7 peratus dari Januari hingga November 2017 berbanding tempoh yang sama sebelumnya. Peningkata­n ini juga disebabkan kenaikan dalam semua indeks iaitu pembuatan (6.2 peratus), perlombong­an (0.9 peratus) dan elektrik (2.5 peratus).

Dalam nota berasingan, jabatan itu berkata jualan pembuatan November Malaysia terus mencatatka­n pertumbuha­n kukuh seban- yak 10.9 peratus, meningkat kepada RM66.6 bilion berbanding RM60.1 bilion yang dilaporkan setahun lepas.

Tahun ke tahun, peningkata­n ketara dalam nilai jualan pada November 2017 disumbangk­an oleh peningkata­n dalam produk elektrik dan elektronik (8.8 peratus), petroleum, kimia, getah dan produk plastik (17.8 peratus) dan produk bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (4.8 peratus).

Ketiga-tiga subsektor ini menyumbang 79.7 peratus kepada nilai jualan sektor perkilanga­n.

Jumlah pekerja yang terli- bat dalam sektor perkilanga­n pada November 2017 seramai 1,054,705 orang, meningkat 2.3 peratus atau 23,960 orang berbanding 1,030,745 orang pada November 2016.

Gaji dan upah yang dibayar meningkat 9.2 peratus ( RM297.2 juta) kepada RM3,530.0 juta, sekali gus mencatatka­n gaji dan upah purata bagi setiap pekerja sebanyak RM3,347 pada November 2017.

Nilai jualan bagi setiap pekerja meningkat 8.4 peratus kepada RM63,186 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia