Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia pamerkan corak ‘Keindahan Terengganu, Malaysia’ pada pesawat

-

KUALA LUMPUR: AirAsia, dengan kerjasama kerajaan Terengganu, akan menggunaka­n corak ‘Keindahan Terengganu, Malaysia’ pada badan pesawat bagi mempromosi­kan negeri tersebut untuk selama dua tahun.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu dalam satu kenyataan, berkata produkprod­uk pelanconga­n negeri berkenaan juga akan dipomosika­n pada tempat meletak bagasi, belakang tempat duduk, talam serta majalah dalam pesawat, Travel 3Sixty.

Kerjasama ini akan membawa impak yang positif kepada Terengganu kerana pesawat yang dicat dengan corak itu akan diterbangk­an ke destinasi-destinasi antarabang­sa.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata pemasangan corak itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia dengan kerajaan negeri bagi memperkena­lkan keindahan dan keajaiban Terengganu merentasi Asia Pasifik.

“Tahun lepas, kami telah menerbangk­an lebih 520,000 penumpang ke dalam atau ke luar Terengganu dan kami percaya bahawa corak tersebut akan menarik lebih ramai pengunjung ke negeri itu, selaras dengan misi kerajaan negeri untuk memberi keutamaan kepada industri pelanconga­n dalam tahun ini kerana ia secara langsung memberi keuntungan kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerjasama dengan AirAsia akan membuka jalan kepada badan-badan korporat yang lain untuk memulakan kerjasama yang serupa dengan negeri ini.

Beliau berkata Terengganu akan dibangunka­n dengan tarikan khusus untuk pelancong dan pengenalan corak oleh AirAsia ini, akan meningkatk­an lagi jenama ‘ Keindahan Terengganu, Malaysia’.

AirAsia membuat penerbanga­n dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dengan 28 penerbanga­n mingguan dan ke Johor Bahru dengan tiga penerbanga­n mingguan.

Sehingga 2017, AirAsia telah menerbangk­an lebih 2.5 juta pelawat ke dalam dan ke luar negeri tersebut, dengan rakyat Malaysia, China dan Indonesia antara yang paling banyak menjadi penumpangn­ya ke negeri itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Demak, salah satu jenama motosikal yang paling cepat berkembang di Malaysia, telah memasuki pasaran Kemboja, pasaran luar negara ketiga selepas Myanmar dan Sri Lanka.

Pengeluarn­ya, DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd dari Kuching akan menghantar 25,000 motosikal pelbagai model dan alat ganti bernilai AS$56 juta (AS$ 1 = RM4.012) ke Kemboja menjelang suku kedua tahun ini.

Pengedar tempatan di Kemboja adalah Asian Comfort Investment Co Ltd (Asia Comfort).

Pengarah Eksekutif DNC Asiatic, Hu Ying berkata syarikat itu sekarang memberi tumpuan kepada pasaran eksport memandangk­an pasaran tempatan dianggap hampir tepu.

“Tahun ini, sebanyak 25,000 unit akan dihantar ke Kemboja, 5,000 ke Mynmar dan Bangladesh, manakala selebihnya untuk pasaran domestik,” katanya kepada Bernama selepas memeterai perjanjian pengedaran dengan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Comfort By Sok Bundith, di sini kelmarin.

Menurut Hu Ying, jualan motosikal Demak dijangka mencecah 51,000 unit dalam tahun ini, dan menambah bahawa angka tersebut termasuk jualan di Sri Lanka di mana Demak telah mencapai pertumbuha­n yang kukuh sejak memasuki pasaran berkenaan beberapa tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYAMBUT PENERBANGA­N: Ahmad Razif (tengah) bergambar berlatarbe­lakangkan pesawat AirAsia dengan paparan ‘Beautiful Terengganu Malaysia’ semasa menyambut penerbanga­n berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, kelmarin.
— Gambar Bernama MENYAMBUT PENERBANGA­N: Ahmad Razif (tengah) bergambar berlatarbe­lakangkan pesawat AirAsia dengan paparan ‘Beautiful Terengganu Malaysia’ semasa menyambut penerbanga­n berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia