Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2018: RAM

Susulan pengukuhan permintaan domestik dan pasaran luar berdaya tahan

-

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.2 peratus pada 2018, susulan pengukuhan permintaan domestik dan pasaran luar yang berdaya tahan.

Pakar Ekonomi RAM Rating Services Bhd, Kristina Fong, berkata secara umumnya, aktiviti pengambila­n pekerja dan tenaga buruh adalah lebih baik pada tahun ini, yang akan membantu meningkatk­an permintaan domestik.

Aktiviti pelaburan turut kelihatan baik, katanya, sambil menambah daripada temu bual yang dijalankan oleh agensi penarafan itu dengan syarikat dan kaji selidiknya, syarikat telah meningkatk­an pelaburan mereka.

“Yang tidak diketahui pada 2018 adalah bagaimana keadaan persekitar­an luaran. Daripada petunjuk kami, terdapat ketahanan terhadap permintaan luaran,” katanya kepada pemberita selepas mengumumka­n In- deks Keyakinan Perniagaan RAM di sini semalam.

Fong berkata ringgit dijangka antara 4.10 dan 4.20 berbanding dolar AS sepanjang tahun ini dan menyatakan peningkata­n semasa itu tidak berkekalan.

“Terdapat banyak faktor baik pada akhir tahun lepas dan pada Januari, termasuk jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman ( OPR) pada Januari.

“Peningkata­n semasa ringgit ini didorong sebahagian­nya oleh kenaikan harga min- yak dan susut nilai dolar AS berikutan jangkaan mereka terhadap pengetatan (dalam dasar monetari mereka),” katanya.

OPR dijangka meningkat sebanyak 25 mata asas dari Mei tahun ini.

“Kami berasakan perlu ada lebih banyak data makro sebelum keputusan dibuat. Inflasi susut pada masa ini. (Kenaikan OPR) terlalu awal untuk dilakukan dalam beberapa mesyuarat pertama,” kata Fong.

Sementara itu, keputusan RAM BCI menunjukka­n prospek prestasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menurun sedikit, menunjukka­n keperluan usaha yang berterusan dengan syarikat bagi membolehka­n mereka mendapat akses yang lebih baik kepada pembiayaan dan meningkatk­an penyertaan mereka dalam perdaganga­n antarabang­sa.

RAM BCI melibatkan 3,500 syarikat korporat dan PKS, termasuk dalam sektor pembuatan, runcit dan pembinaan. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia