Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n ringgit disokong pertumbuha­n kukuh ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Momentum meningkat ringgit ketika ini berbanding mata wang utama disokong oleh prestasi kukuh ekonomi domestik dan perdaganga­n negara, serta dikuatkan lagi dengan pemulihan harga minyak global.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ringgit juga disokong oleh prestasi kukuh eksport Malaysia yang meningkat 20.2 peratus daripada Jan- Nov 2017, berbanding tempoh yang sama pada 2016.

“Ekonomi global juga menunjukka­n momentum pertumbuha­n positif tahun ini dan diunjur meningkat antara 3.7-3.8 peratus tahun ini (Bank Dunia). Ini akan memberi impak positif kepada pertumbuha­n ekonomi Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Daftar Pengurus Hartanah baharu, di sini, semalam.

Johari berkata prestasi ringgit setakat ini dicerminka­n oleh sentimen positif dalam ekonomi tempatan dan global, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang antara 5.0-5.5 peratus tahun ini.

Sementara itu, mengenai rancangan untuk mengenakan cukai digital ke atas platform digital, beliau berkata kerajaan masih menunggu maklum balas daripada negaranega­ra Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD) mengenai mekanisme yang sesuai bagi melaksanak­an cukai tersebut.

“Kami sedang menilai mekanisme yang sesuai bagi cukai itu kerana hampir 20 peratus urus niaga di Malaysia kini dijalankan menerusi platform digital. Masalahnya adalah sebahagian daripada syarikatsy­arikat itu bukan berpangkal­an di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia