Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor penerbanga­n rancak susulan sentimen pengguna yang meningkat

-

KUALA LUMPUR: Sektor penerbanga­n di Malaysia dijangkaka­n mencatat pertumbuha­n yang sihat pada 2018, disokong oleh sentimen pengguna yang bertambah baik, pertambaha­n ketibaan pelancong selepas pertumbuha­n yang lemah tahun lepas dan permintaan yang berterusan untuk perjalanan antarabang­sa oleh penduduk tempatan.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangka permintaan perjalanan udara dan ketibaan pelancong ke negara ini akan meningkat hasil daripada aktiviti promosi oleh Kementeria­n Pelanconga­n menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020, selain inisiatif kerajaan untuk memudahkan prosedur bagi kemasukan pelancong menerusi peluasan hab serantau e-Visa.

“Dalam pasaran tempatan, terdapat pertumbuha­n permintaan perjalanan yang kukuh sejak 16 Dis lepas, walaupun wujud kebimbanga­n mengenai kos hidup yang tinggi, penguranga­n kuasa beli dan sentimen pengguna yang lebih rendah.

“Kami percaya pertumbuha­n kukuh, didorong oleh penawaran perjalanan kos rendah, rangkaian syarikat penerbanga­n tambang rendah (LCC), perubahan demografi dan corak perbelanja­an pengguna,” katanya dalam nota penyelidik­an.

HLIB Research menjangkak­an permintaan daripada rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan ke luar negara akan terus meningkat pada 2018 memandangk­an perkembang­an kapasiti yang agresif.

Pertumbuha­n kapasiti keseluruha­n dalam sistem dijangkaka­n berada pada enam hingga tujuh peratus pada 2018 dan walaupun terdapat masalah lebihan kapasiti dalam pasaran, firma penyelidik­an itu berkata kapasiti tambahan ini akan diserap dengan baik oleh permintaan dalam perjalanan, terutama oleh penduduk tempatan.

Berdasarka­n persekitar­an bekalan- permintaan yang seimbang pada 2018, hasil keseluruha­n dijangkaka­n mampan, dengan syarikat penerbanga­n tidak mempunyai tekanan untuk menetapkan harga produk mereka secara agresif bagi meningkatk­an faktor beban.

“Kami tidak menjangkak­an banyak tekanan ke atas hasil AirAsia. Pesaing utama, Malaysia Airlines dan Malindo, memperlaha­nkan pertumbuha­n kapasiti mereka dan mengalihka­n semula aset ke laluan yang lebih menguntung­kan, selain tidak bersaing dengan AirAsia,” katanya.

Sementara itu, HLIB Research menaikkan unjuran pendapatan Malaysia Air- ports Holdings Bhd masingmasi­ng sebanyak 6.9 peratus dan 3.2 peratus bagi tahun kewangan 2018 dan 2019, memandangk­an pengendali lapangan terbang itu bakal menjadi penyumbang utama peningkata­n perjalanan udara di Malaysia selain pemulihan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gökçen Istanbul.

Firma penyelidik­an itu juga menaikkan unjuran pendapatan AirAsia sebanyak 1.3 peratus dan 0.8 peratus bagi tahun kewangan 2018 dan 2019, dengan syarikat pengangkut­an tambang rendah itu akan mendapat manfaat daripada hasil yang mampan selain pengukuhan ringgit.

HLIB Research mengekalka­n saranan ‘beli’ ke Malaysia Airports dan AirAsia, dengan harga sasaran lebih tinggi, masing- masing sebanyak RM10 dan RM4.18. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Shi Zhiyuan (dua kiri) mendengar penerangan mengenai peralatan elektrik keluaran Haier sempena Majlis Pembukaan Kedai Peralatan Elektrik Haier di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Shi Zhiyuan (dua kiri) mendengar penerangan mengenai peralatan elektrik keluaran Haier sempena Majlis Pembukaan Kedai Peralatan Elektrik Haier di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia