Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai jualan perdaganga­n borong, runcit cecah RM97.7 bilion pada Nov 2017

-

KUALA LUMPUR: Nilai jualan perdaganga­n borong dan runcit Malaysia meningkat sembilan peratus kepada RM97.7 bilion pada November 2017 berbanding tempoh yang sama 2016, menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, nilai jualan itu meliputi perniagaan perdaganga­n borong ( RM47.7 bilion), perdaganga­n runcit (RM38.1 bilion) dan kenderaan bermotor (RM12.0 bilion).

“Pertumbuha­n positif tersebut disumbang oleh perniagaan perdaganga­n runcit yang meningkat 10.5 peratus dan perdaganga­n borong berkembang 9.6 peratus,” katanya dalam laporan Indeks Volum Perdaganga­n Borong dan Runcit November 2017 yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Beliau berkata, indeks volum perdaganga­n borong dan runcit meningkat 7.3 peratus kepada 158.8 mata pada November 2017 berbanding November 2016, disokong oleh peningkata­n perdaganga­n runcit sebanyak 8.4 peratus dan perdaganga­n borong menokok 8.0 peratus.

Indeks volum pelarasan bermusim perdaganga­n borong dan runcit meningkat sebanyak 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya, katanya.

Mohd Uzir juga berkata indeks volum perdaganga­n borong meningkat 8.0 peratus kepada 169.1 mata pada November 2017 berbanding November 2016.

Beliau berkata, bagi perbanding­an bulan ke bulan, indeks volum itu (pelarasan bermusim) bagaimanap­un merekodkan pertumbuha­n negatif 0.9 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Nilai jualan bagi perniagaan perdaganga­n borong mencatatka­n pertumbuha­n 9.6 peratus kepada RM47.7 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Bagi perbanding­an bulan ke bulan, perniagaan ini mencatatka­n pertumbuha­n negatif 1.4 peratus,” katanya.

Beliau berkata, indeks volum perdaganga­n runcit meningkat 8.4 peratus kepada 162.0 mata pada November 2017 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya manakalala berband- ing Oktober 2017, indeks volum pelarasan bermusim perdaganga­n runcit meningkat sebanyak 1.1 peratus.

“Perniagaan perdaganga­n runcit merekodkan peningkata­n nilai jualan kepada RM38.1 bilion atau 10.5 peratus berbanding setahun yang lalu. Bulan ke bulan, nilai jualan perniagaan ini meningkat 0.8 peratus,” katanya.

Beliau berkata, perbanding­an tahun ke tahun, indeks volum kenderaan bermotor merekodkan pertumbuha­n positif 1.0 peratus kepada 124.5 mata pada November 2017 manakala indeks volum pelarasan bermusim kenderaan bermotor meningkat 2.4 peratus pada November 2017 berbanding Oktober 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia