Utusan Borneo (Sarawak)

Masa terbaik untuk beli hartanah: LBS Bina

-

KUALA LUMPUR: Sekarang merupakan masa terbaik untuk pembeli rumah mencari hartanah memandangk­an pertumbuha­n ekonomi dalam negara sedang mengukuh antara lima hingga enam peratus, kata LBS Bina Group Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San, berkata pasaran hartanah hari ini adalah sangat positif, pembeli juga semakin bijak, matang dan tidak akan terpengaru­h dengan spekulasi dan ini diperkukuh­kan lagi dengan langkah- langkah pinjaman Bank Negara Malaysia.

“Permintaan akan tumbuh kembali dalam tahun ini, kerana lebih 90 peratus daripada pembeli berniat untuk mendiami di dalam lokasi pilihan mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Residensi Bintang Bukit Jalil di sini semalam.

Residensi Bintang Bukit Jalil dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM954.7 juta merupakan projek pembanguna­n pertama LBS untuk tahun ini.

Kondominiu­m berkembar itu terletak tengah- tengah kawasan hiburan, sukan, pendidikan yang bakal dibangunka­n di Bukit Jalil.

Residensi Bintang Bukit Jalil dibangunka­n di atas tanah seluas 2.21 hektar dan terdiri daripada menara utara dengan 47 tingkat serta sebuah lagi menara 50 tingkat di sebelah selatan, ia mengandung­i sejumlah 1,342 unit kediaman.

Harga bermula daripada RM553,000 dan terdapat tiga susun atur yang terdiri daripada pelan berkeluasa­n 805 kaki persegi, 1,009 kaki persegi dan 1,209 kaki persegi.

Jenis A1 dilengkapi dengan susun atur dua bilik tidur, dua bilik air, manakala jenis B dan C terdiri daripada tiga bilik tidur, dilengkapi dengan laman dan bilik uiliti.

Lim berkata kadar ambilan untuk projek tersebut dijangka mencecah 60 peratus pada 2018.

LBS mempunyai 17 projek yang sedang dilaksanak­an dengan sasaran jualan sebanyak RM1.8 bilion untuk tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia