Utusan Borneo (Sarawak)

Bot pendatang Venezuela karam, 4 maut

Sebahagian besar daripada 30 yang cuba belayar ke pulau Curacoa masih hilang

-

CARACAS: Sekurangku­rangnya empat orang lemas dan beberapa lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bot membawa pendatang Venezuela karam dalam perjalanan­nya ke pulau Curacoa di Caribbean, menurut pihak polis di sana.

Polis memberitah­u laman sesawang Curacao News mereka telah menemui mayat dua wanita dan dua lelaki, serta sedang mencari “untuk melihat sekiranya terdapat lebih ramai lagi”.

Kira-kira 30 orang berada di dalam bot ketika ia belayar dari La Vela de Coro di barat laut wilayah Falcon di Venezuela, lapor media Venezuela.

Luis Stefanelli, seorang timbalan pembangkan­g di Falcon, memberitah­u wartawan bot tersebut dipenuhi oleh “kira- kira 30 orang, semua mereka berusia bawah 35 tahun, beberapa lagi masih bawah umur.”

Beliau berkata setiap seorang telah membayar penyeludup sejumlah $100 “untuk dibawa ke pulau berhampira­n Aruba.”

“Ia adalah mustahil untuk menentukan berapa ramai” terkorban, menurut beliau, kerana mereka yang berjaya sampai ke tepi pantai “telah menyembuny­ikan diri mereka sendiri kerana mereka bimbang dengan situasi mereka sebagai pendatang haram.”

Polis Curacao berkata mereka telah menahan dua lelaki dipercayai sebagai pendatang di kawasan di mana mayat ditemui.

“Orang yang meninggalk­an Venezuela mengetahui bahawa terdapat banyak risiko, banyak bot yang tidak sesuai digunakan dan terdapat kemungkina­n besar bahawa mereka akan ditangkap,” kata jurucakap.

Insiden berlaku di tengahteng­ah ketegangan antara Venezuela dan pulau-pulau Aruba, Curacao dan Bonaire di Caribbean, selepas Presiden Nicolas Maduro mengarahka­n penutupan laluan udara dan laut ke pulau-pulau tersebut disebabkan oleh penyeludup­an.

Saintis sosial Tomas Paez berkata seramai lebih 500,000 rakyat Venezuela telah meninggalk­an negara sepanjang dua tahun lepas ketika krisis ekonomi yang mendalam berpunca daripada harga minyak yang rendah, inflasi dan rasuah berleluasa telah menjejaska­n ekonomi negara Amerika Selatan yang kaya dengan minyak ini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters/AFP ?? MALANG: Pegawai forensik mengangkat beg mengandung­i mayat yang ditemui di pantai, dekat Willemstad, Curacao, selepas bot membawa pendatang Venezuela karam.
— Gambar Reuters/AFP MALANG: Pegawai forensik mengangkat beg mengandung­i mayat yang ditemui di pantai, dekat Willemstad, Curacao, selepas bot membawa pendatang Venezuela karam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia