Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi digital Sarawak dipacu teraju hebat Abang Johari

-

KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berjaya membuktika­n kemampuann­ya untuk memacu pembanguna­n alaf baharu setelah setahun memegang tampuk pemerintah­an sebagai Ketua Menteri.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, rakyat keseluruha­nnya berpuas hati dengan corak kepemimpin­an dan polisi yang dibawakan Ketua Menteri Sarawak keenam itu.

“Syukur alhamdulil­lah Abang Johari telah sampai ke tahun pertamanya sebagai Ketua Menteri.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau kerana berjaya membuktika­n kemampuan dan kecekapan mengemudi ‘kapal’ Sarawak di air tenang dan air bergelora dengan baik,” katanya.

“Rakyat Sarawak berasa bertuah, gembira dan berpuas hati dengan komitmen dan perancanga­n beliau untuk memajukan negeri ini termasuk kawasan pedalaman ke arah ekonomi digital,” katanya di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Abdul Karim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu memohon rakyat Sarawak untuk terus memberi sokongan padu kepada Abang Johari dalam mentadbir dan menjadikan negeri ini maju dengan rakyat berpendapa­tan tinggi pada masa hadapan.

“Saya yakin Abang Johari mampu merealisas­ikan impian ini malah saya juga yakin Sarawak akan terus bertambah maju dan makmur di bawah kepemimpin­annya.”

Mengenai usaha yang dilakukan Abang Johari setelah setahun menjadi Ketua Menteri, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Asajaya itu berkata, beliau telah memulakan banyak langkah baharu untuk negeri Sarawak meskipun dalam tempoh singkat.

“Antaranya, beliau (Abang Johari) berjaya mengambil alih semua pegangan saham kerajaan persekutua­n dalam Empangan Hidroelekt­rik ( HEP) Bakun, sekali gus menjadikan ia milik penuh kerajaan negeri.

“Kejayaan ini penting kerana ia bermakna kerajaan berjaya mengawal sumber asli kita sendiri,” katanya.

Selain itu, kata Abdul Ka- rim, menerusi kepemimpin­an Abang Johari, Sarawak kini mempunyai bank sendiri iaitu Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) serta syarikat minyak dan gas, Petroleum of Sarawak (PETROS) yang membolehka­n Sarawak menikmati manfaat dan keuntungan terus daripada sumber gas dan minyak negeri.

Dalam usaha meningkatk­an ekonomi digital, beliau berkata, Abang Johari juga menubuhkan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan aplikasi Sarawak Pay.

“Ini membuktika­n beliau bukan hanya bercakap malah merancang dan melaksanak­an strategi untuk mentransfo­rmasikan ekonomi digital negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Abang Johari atas ulang tahun pertama beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam.

“Sesungguhn­ya, kita bersyukur kerana peralihan pentadbira­n Ketua Menteri telah berjalan lancar setahun lalu.

“Abang Johari membuktika­n beliau dapat meneruskan kesinambun­gan kepemimpin­an negeri dengan lancar, termasuk meneruskan pentadbira­n negeri seperti mana dirintiska­n bekas ketua menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem,” katanya.

Malah katanya, Ketua Menteri kini berusaha membawa lonjakan paradigma pembanguna­n Sarawak untuk menjadikan negeri ini menjadi sebuah negeri maju dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Bukan sahaja bakal menjadi negeri termaju di Malaysia, Sarawak mampu menjadi terkenal di peringkat global.

“Bermula dengan penerapan integriti dan akauntabil­iti dalam pengurusan dan pentadbira­n negeri, beliau (Abang Johari) telah memperkena­l banyak inisiatif baharu termasuk usaha mengembali­kan hak mutlak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata Dr Abdul Rahman yang juga Ahli majlis Tertinggi PBB.

Tanggal 13 Januari ini genap setahun kepemimpin­an Abang Johari sebagai Ketua Menteri keenam menggantik­an Allahyarha­m Adenan yang meninggal dunia pada 11 Januari, 2017.

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN
 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia