Utusan Borneo (Sarawak)

Kritikan terhadap penghakima­n harus membina

Orang ramai tidak harus cabar keputusan badan kehakiman berlandask­an kepercayaa­n politik mereka

-

PUTRAJAYA: Kritikan oleh orang ramai terhadap penghakima­n mahkamah mesti dilakukan secara membina dan dengan penuh hormat serta berniat baik, kata Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.

Beliau berkata, seseorang tidak seharusnya mencabar keputusan badan kehakiman berlandask­an kepercayaa­n politik.

“Saya mengaku bahawa setiap warga negara memang mempunyai hak di bawah perlembaga­an untuk mencabar dan menguji kewajaran penghakima­n melalui proses yang patut. Kami mengaku bahawa penghakima­n kami terbuka kepada kritikan oleh orang ramai secara keseluruha­n,” kata beliau dalam ucapannya pada Majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018.

Beliau berkata hak untuk memberi komen atau mengkritik penghakima­n mahkamah perlu dilaksanak­an secara bertanggun­gjawab kerana adalah penting kredibilit­i mahkamah tidak terjejas memandangk­an mahkamah adalah saluran

Saya sedar bahawa hakim tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan dan harus terbuka kepada kritikan. Namun, kritikan yang keras dan tidak berasas mengancam asas kedaulatan undang-undang dan melemahkan badan kehakiman dalam melaksanak­an tanggungja­wabnya di bawah perlembaga­an.

yang digunakan oleh rakyat untuk melindungi hak mereka di bawah perlembaga­an.

Raus berkata peguam khususnya harus tenang dalam reaksi dan mengawal diri, bertindak secara berhemah, dan bersikap bersopan-santun sebelum membuat apa-apa kenyataan yang tidak wajar terhadap badan kehakiman terutama dalam pedebatan umum dan perbincang­an.

Raus berkata adalah penting pengkritik harus mempunyai pemahaman yang jitu mengenai fakta, isu yang terlibat dan undang-undang yang terpakai.

“Saya sedar bahawa hakim tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan dan harus terbuka kepada kritikan. Namun, kritikan yang keras dan tidak berasas mengancam asas kedaulatan undang-undang dan melemahkan badan kehakiman dalam melaksanak­an tanggungja­wabnya di bawah perlembaga­an,” kata beliau.

Beliau berkata, sistem kehakiman adalah bersifat ‘self-correcting’ dan seseorang yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh menggunaka­n saluran seterusnya melalui proses rayuan.

Majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dihadiri oleh kira-kira 700 orang dari fraterniti perundanga­n terdiri daripada hakim, pesara hakim, pegawai dari badan kehakiman dan Jabatan Peguam Negara serta beberapa orang peguam.

Acara itu yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pembukaan Tahun Perun- dangan sekarang dinamakan Majlis Pembukaan Tahun Kehakiman menyaksika­n hanya Ketua Hakim Negara menyampaik­an ucapan dan tidak seperti sebelumnya apabila Presiden Badan Peguam Malaysia dan Peguam Negara juga berucap.

Dalam ucapannya, Raus berkata untuk tahun ini, objektif badan kehakiman ialah tidak sepatutnya ada penangguha­n apabila tarikh perbicaraa­n bagi sesuatu kes telah ditetapkan.

Beliau berkata sebaik sahaja tarikh perbicaraa­n ditetapkan, kes perlu diteruskan secara berterusan hingga selesai dan menambah bahawa penangguha­n kes beberapa kali merupakan satu kelaziman di mahkamah selama bertahun-tahun.

“Penangguha­n hanya boleh diberikan dalam keadaan-keadaan tertentu. Penangguha­n perbicaraa­n mestilah jarang berlaku,” kata beliau dan menambah badan Peguam Malaysia harus memainkan peranan proaktif mengenai perkara ini.

“Mengikut aturan, saya tidak akan melayani lagi permohonan bagi pen- angguhan kes atas alasan menghadiri persidanga­n, mesyuarat agung tahunan, mesyuarat agung luar biasa dan sebagainya. Begitu juga, Jabatan Peguam Negara juga harus mematuhi peraturan ketat ini. Peraturann­ya ialah tidak ada penangguha­n kecuali jika berlaku kematian atau hampir meninggal,” kata beliau.

Raus berkata badan kehakiman menegaskan komitmenny­a kepada misi untuk mengekalka­n sistem kehakiman yang bebas dan cekap yang menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang, melindungi hak dan kebebasan individu serta mendapat kepercayaa­n masyarakat tempatan dan antarabang­sa.

Raus berkata masyarakat boleh mendapat jaminan bahawa badan kehakiman sedar mengenai peranannya di bawah perlembaga­an dalam memastikan tindakan Badan Eksekutif dan Perundanga­n mematuhi sepenuhnya undang-undang dan hak asasi dan kebebasan rakyat dilindungi sepenuhnya.

“Bukanlah fungsi badan kehakiman untuk mencampuri dalam perkara-perkara yang di bawah bidang tanggungja­wab badan Eksekutif atau Perundanga­n. Begitu juga, kami mengharapk­an Badan Eksekutif dan Perundanga­n tidak campur tangan dalam perkara-perkara di bawah bidang kuasa Badan Kehakiman,” kata beliau.

Raus juga berkata hubungan kerja antara Badan Kehakiman, Badan Peguam dan Jabatan Peguam Negara mesti dan dikekalkan sambil menambah beliau akan berusaha untuk mengekalka­n dan memupuk tradisi kerja bersama-sama dengan Badan Peguam, Jabatan Peguam Negara dan pihakpihak berkepenti­ngan lain.

Beliau berkata sistem keadilan yang baik memerlukan kerjasama Badan Kehakiman, Peguam Negara dan pegawainya serta Badan Peguam demi mencapai objektif utama memberi khidmat kepada orang ramai.

Raus juga mengumumka­n bahawa dua kompleks mahkamah yang baharu tahun ini telah siap iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan di Tapah, Perak dan siap untuk digunakan menjelang Mac. — Bernama

Tun Md Raus Sharif Ketua Hakim Negara

 ??  ?? RAUS
RAUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia