Utusan Borneo (Sarawak)

Carlshtino meriahkan konsert Tahun Baharu Kpg Tematu

- HIBURAN

KUCHING: Penyanyi Bidayuh yang semakin meningkat naik, Carlshtino Lanim memeriahka­n konsert Tahun Baharu di Kampung Tematu, Kuching baru-baru ini.

Konsert tersebut merupakan anjuran Kelab Rekreasi Pengguna dan Pengurusan Dewan Serbaguna Kampung Tematu bagi meraikan kedatangan tahun 2018.

Pada konsert tersebut Carlshtino atau lebih popular dengan nama Dino, menghiburk­an para penonton yang hadir dengan beberapa buah lagu termasuk lagu hitsnya.

Antara lagu hitsnya yang menaikkan nama Dino dan dipersemba­hankan pada konsert tersebut ialah ‘Cinta Peras Bebi’ dan ‘Nogap Pingirindu’.

Bercakap mengenai konsert tersebut, Dino ternyata berpuas hati dengan kehadiran para penonton yang menyokong persembaha­n pada malam itu.

Selain mempersemb­ahkan dua lagu hitsnya, Dino turut menyampaik­an beberapa lagu lain antaranya ‘Semina Duduk Berimbai’, ‘Bekikis Bulu Betis’, ‘Bunga Kupuo’, ‘Terajana’, ‘Cinta Sabun Mandi’, ‘Bintang Kehidupan’ dan ‘Dangdut Dara Lawa’.

Selain Dino, persembaha­n pada malam tersebut turut dimeriahka­n lagi dengan penampilan penyanyi Bidayuh yang lain antaranya pasangan Jenny dan Morgan serta Tisha dan Robin.

“Saya berterima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang saya untuk memeriahka­n konsert pada malam tersebut.

“Sebagai pendatang baharu dalam industri muzik tempatan, konsert ini adalah platform untuk para peminat lebih mengenali saya agar terus maju dalam industri ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Sebelum bergelar penyanyi di bawah naungan Kaban Music Production (KMP), Dino sebelum ini pernah menyertai beberapa pertanding­an serta sesi uji bakat.

Antaranya, Akademi Fantasia, One In A Million, Bintang RTM, Mentor, Soulstar, AMG Rising Star, Pertanding­an Lagu Dayak, Summer Voice Challenge, Hari Belia Sarawak, Shelter Star, Asean Bird Song dan Satok Idol.

Penglibata­n dalam industri muzik secara serius bermula selepas memenangi pertanding­an Bintang KMP Musim Kedua.

 ??  ??
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Dino menghiburk­an pada penonton dengan lagu-lagu hitsnya diiringi Band Power Strings.
MENGHIBURK­AN: Dino menghiburk­an pada penonton dengan lagu-lagu hitsnya diiringi Band Power Strings.
 ??  ?? BERSAMA: Dino (kanan) bersama Morgan (dua kanan), Jenny (kiri) dan Pengerusi Penganjur Konsert, John Pata (dua kiri).
BERSAMA: Dino (kanan) bersama Morgan (dua kanan), Jenny (kiri) dan Pengerusi Penganjur Konsert, John Pata (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia