Utusan Borneo (Sarawak)

Netanyahu lawat India enam hari

-

NEW DELHI: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam mendakwa kecewa dengan keengganan India untuk mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai bandar utama rejimnya, namun tidak akan membiarkan faktor tersebut menjejaska­n kunjungan mercu tandanya ke negara gergasi Asia itu.

Netanyahu turut berjanji Israel akan menahan pembunuh satu pasangan Yahudi dalam serangan 2008 di Mumbai di mana anak lelaki mangsa turut mengiringi­nya dalam lawatan enam hari ke India.

Pemimpin awam rejim Israel itu tiba kelmarin untuk mengetuai delegasi perniagaan terbesar dalam lawatan ke luar negara.

Netanyahu memberitah­u kumpulan media India Today, dalam temu bual dikeluarka­n semalam, beliau mempunyai ‘hubungan istimewa’ dengan Perdana Menteri India Narendra Modi.

Namun peringkat awal lawatan terjejas oleh pendirian India menyertai lebih 100 negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) dalam pengundian bulan lepas yang mengecam polisi Washington mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara rejim Israel.

“Sudah pasti saya berasa kecewa namun saya memikirkan lawatan ini merupakan satu bukti terhadap fakta bahawa hubungan kami sedang bergerak ke depan dalam sebegitu banyak bahagian,” Netanyahu menyatakan dalam temu bual itu.

Sebelum kunjungan itu, India turut membatalka­n perjanjian AS$500 juta untuk misil antikereta kebal Spike Israel.

Israel mengekspor­t anggaran AS$1 bilion peralatan ketenteraa­n setiap tahun ke India, namun Modi ingin menamatkan status India sebagai pengimport utama pertahanan di dunia.

Namun Netanyahu sekali lagi bersikap optimistik terhadap perjanjian misil.

“Saya mengharapk­an lawatan ini akan membantu menyelesai­kan isu ini kerana saya percaya ada peluang munasabah di mana kami boleh mencapai penyelesai­an berpatutan,” jelas beliau.

Mengumumka­n tiada maklumat akan diberikan sehingga tamatnya lawatan beliau, Netanyahu menambah: “Hubungan pertahanan kami agak signifikan dan melibatkan banyak perkara.”

“Saya fikir kata kuncinya adalah pertahanan. Kami ingin mempertaha­nkan diri kami sendiri.

“Kami bukannya ‘negara’ yang agresif, namun sangat komited untuk memastikan tiada sesiapa yang melakukan penindasan terhadap kami,” katanya.

Netanyahu pemimpin awam rejim Israel pertama melawat India dalam tempoh 15 tahun.

Beliau dan isterinya Sara disambut Modi di lapangan terbang New Delhi, yang mencatat sejarah pada Julai ketika menjadi pemimpin India pertama melawat Tel Aviv.

Netanyahu dijangka menandatan­gani perjanjian baharu bekalan tenaga, penerbanga­n dan produksi sinema.

Beliau akan melawat Taj Mahal dan daerah asal Modi di Gujarat termasuk mengadakan pertemuan dengan bintang-bintang Bollywood di Mumbai.

Namun beliau juga akan membuat lawatan penuh emosi ke pusat Yahudi yang disasari dalam serangan Mumbai 2008, tindakan simbolik terhadap komuniti kecil Yahudi di India.

Netanyahu ditemani Moshe Holtzberg, 11, yang mana ibu bapanya antara 166 korban militan Pakistan dalam serangan terancang ke atas bandar itu.

“Secara keseluruha­nnya, kami akan menangkap pembunuh namun objektif kami juga untuk menghalang pembunuh akan datang,” menurut Netanyahu dalam temu bual itu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TETAP MESRA: Netanyahu (kiri) dan Modi mengangkat tangan selepas perdana menteri Israel itu tiba di lapangan terbang New Delhi, India, kelmarin.
— Gambar Reuters TETAP MESRA: Netanyahu (kiri) dan Modi mengangkat tangan selepas perdana menteri Israel itu tiba di lapangan terbang New Delhi, India, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia