Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan tidak jejas projek

Siasatan dilakukan adalah berkaitan kes lama dan KKLW sentiasa beri kerjasama penuh kepada SPRM

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas penyelewen­gan berlaku dalam Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebelum ini tidak akan menjejaska­n pelaksanaa­n projek serta imej kementeria­n berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan yang dilakukan itu adalah berkaitan kes lama dan KKLW akan sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM dalam siasatan itu.

“Bukan sahaja kepada projek lama tetapi juga sekiranya wujud penyelewen­gan dalam projek baharu... ada individu yang melanggar peraturan sedia ada, maka kita akan sentiasa terbuka kepada SPRM untuk menjalanka­n siasatan.

“Bagaimanap­un, tidak kira apa terjadi, projek yang dirancang akan diteruskan walaupun wujud isu berkaitan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri KKLW dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bil 1/2018, di sini semalam.

Beliau turut memberi jaminan bahawa siasatan yang dilakukan itu tidak akan menjejaska­n imej KKLW kerana kes itu hanya memberi kesan kepada mereka yang terlibat sahaja.

“Orang ramai tahu dan faham siapa yang terlibat, kita juga masih tidak tahu mengenai keputusan kes itu kerana ia

Bukan sahaja kepada projek lama tetapi juga sekiranya wujud penyelewen­gan dalam projek baharu... ada individu yang melanggar peraturan sedia ada, maka kita akan sentiasa terbuka kepada SPRM untuk menjalanka­n siasatan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

masih dalam siasatan SPRM.

“Projek yang dilaksana kini tidak ada kaitan dengan kes-kes yang berlaku. Saya juga tidak akan membiarkan perkara itu berulang.

“Untuk mengurangk­an isu yang berkaitan, kita ada dan tetapkan jawatankua­sajawatank­uasa supaya meminimumk­an dari segi masalah yang pernah berlaku di kementeria­n terdahulu.

“Kalau boleh hapuskan terus lagi baik tetapi jika tak hapus terus pun, sekurang- kurangnya kita dapat kawal dari segi penyelewen­gan dan sebagainya dalam kementeria­n,” katanya.

Dalam isu berlainan, Ismail Sabri menjelaska­n bahawa kes beliaumeny­amansebuah­akhbar tempatan masih dalam proses.

Katanya, perkara itu telah diserahkan kepada peguamnya untuk meneruskan tindakan lanjut.

“Segala tindakan lanjut akan dilakukan antara peguam saya dan peguam agensi akhbar berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TIDAK JEJAS: Ismail Sabri (dua kanan) pada sidang media itu.
TIDAK JEJAS: Ismail Sabri (dua kanan) pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia