Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW tumpu projek pembanguna­n jangka pendek dan sederhana

-

KOTA KINABALU: Projekproj­ek pembanguna­n jangka pendek dan sederhana akan diberikan keutamaan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sepanjang 2018.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek jangka pendek dicadang akan bermula pada bulan depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Mac.

“Antara projek itu adalah seperti menyiapkan jalan kampung, membaiki Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), memasang lampu jalan kampung dan sebagainya yang boleh disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Projek sederhana pula adalah projek yang memerlukan tempoh enam bulan untuk disiapkan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri KKLW dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bil 1/2018, di sini semalam.

Beliau berkata, KKLW turut akan memberi tumpuan kepada projek ekonomi yang dapat disegeraka­n seperti program ‘quick win’.

Katanya, program itu memberi tumpuan menyediaka­n latihan kemahiran dalam jangka pendek kepada peserta, kemudian menyerahka­n peralatan kepada mereka untuk memulakan perniagaan.

“Daripada kajian yang dilakukan, lebih 50 peratus peserta program itu kini mempunyai pendapatan lebih daripada RM1,500 sehingga RM4,000 sebulan.

“Kita akan teruskan usaha sedemikian memandangk­an projek ini dapat memberi sentuhan terbaik kepada rakyat negara ini,” katanya.

Katanya, sebanyak 86 projek yang dilaksana di Sabah pada 2017 dengan enam daripadany­a berjaya disiapkan. Pada tahun ini sebanyak 102 projek akan dilaksana di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n bahawa terdapat empat kertas kerja dibentangk­an pada mesyuarat itu.

Antaranya, pembentang­an Bajet 2018 untuk membandark­an luar bandar, cadangan melaksanak­an Tabika Transit KEMAS, proses kelulusan pembanguna­n rumah bina negara dan mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek-projek luar bandar.

Katanya, pada pembentang­an Bajet 2018 lalu, kerajaan pusat memberi tumpuan ke- pada Sabah dan Sarawak dengan sejumlah RM2.03 bilion atau 52.5 peratus daripada jumlah keseluruha­n bajet itu diperuntuk­kan kepada Sabah dan Sarawak.

“Sabah menerima RM924 juta atau 23.5 peratus daripada jumlah itu dan bakinya disalurkan kepada Sarawak (28 peratus).

“Ini membuktika­n kerajaan persekutua­n sentiasa prihatin terhadap pembanguna­n luar bandar di Sabah dan Sarawak memandangk­an kedua-dua negeri ini menerima peruntukan terbesar setiap kali pembentang­an bajet diadakan,” katanya.

 ??  ?? BINCANG: Ismail Sabri (dua kanan) ketika mempengeru­sikan mesyuarat itu.
BINCANG: Ismail Sabri (dua kanan) ketika mempengeru­sikan mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia