Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Bukit Sari perlu bela nasib rakyat Perjuangan parti sentiasa relevan dalam semua aspek sejajar dengan peredaran masa

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari perlu memikul amanah bagi membela nasib rakyat secara berterusan di sini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pemangku Timbalan Presiden PBB Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perjuangan parti sentiasa relevan dalam semua aspek sejajar dengan tuntutan peredaran masa.

Katanya, amat penting bagi setiap ahli PBB memahami keperluan rakyat bagi memberi impak secara langsung kepada golongan yang memerlukan pembelaaan.

“PBB terus menjadi tonggak kepada pembanguna­n rakyat dan kawasan sejajar dengan keupayaann­ya mengadapta­si perubahan zaman dan kepimpinan parti,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat pertama jawatankua­sa PBB Bukit Sari jawatankua­sa induk (bapa), sayap wanita dan pemuda di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu berkata PBB Bukit Sari dan Sarawak terus berpegang kepada kekuatan parti berdasarka­n disiplin berasaskan semangat perpaduan serta kerjasama semua.

Beliau mahu kerjasama dan persefaham­an kalangan ahli PBB Bukit Sari terus diperkukuh­kan sekali gus bersama merealisas­ikan hasrat Sarawak ke arah ekonomi digital selain sentiasa bergerak memandang jauh ke depan.

Pada mesyuarat itu, Awang

PBB terus menjadi tonggak kepada pembanguna­n rakyat dan kawasan sejajar dengan keupayaann­ya mengadapta­si perubahan zaman dan kepimpinan parti. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

Tengah menubuhkan beberapa biro dan jawatankua­sa bertindak mengikut keper- luan seperti biro pembanguna­n ekonomi digital dan sebagainya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PBB Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa, Naib Pengerusi I Kadir Tussin, Setiausaha PBB Bukit Sari Awang @ Ibrahim Ahmat, Bendahari Awang Karim Awang Seman, Ketua Wanita Kaunselor Aisyah Bahar, Ketua Pemuda Midon Nasip dan ahli jawatankua­sa PBB Bukit Sari.

 ??  ?? PIKUL AMANAH: Awang Tengah (kanan) disaksikan Awangku Jinal (dua kanan) pada mesyuarat pertama jawatankua­sa PBB Bukit Sari di Lawas kelmarin.
PIKUL AMANAH: Awang Tengah (kanan) disaksikan Awangku Jinal (dua kanan) pada mesyuarat pertama jawatankua­sa PBB Bukit Sari di Lawas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia