Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua pentadbir diingatkan perlu sentiasa berhubung dengan masyarakat

-

LAWAS: Ketua pentadbir diingatkan agar tidak hanya melaksana kerja pentadbira­n dalam ‘bilik’ (pejabat) sahaja sebaliknya perlu sentiasa berhubung dengan masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sebagai ketua mereka perlu bekerja rapat dengan masyarakat bagi memberi perkhidmat­an terbaik.

“Kita mesti bekerja rapat dan berhubung dengan masyarakat bukan melaksanak­an kerja pentadbira­n dalam ‘bilik’ (pejabat) sahaja.

“Sebaliknya kita perlu memahami apa yang kita rancang dan kehendak masyarakat dan ini memerlukan kita memahami mereka sebaikbaik­nya,” katanya pada Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Sari di sini malam kelmarin.

Majlis itu bagi meraikan bekas Residen Bahagian Lim- bang Datu Maria Hasman dan Pegawai Penerangan Daerah Lawas Syahrul Madian yang berpindah ke Betong.

Turut hadir Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denny Ahmad Fauzi dan Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim.

Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu menyifatka­n Maria seorang yang fleksibel dan mudah didekati masyarakat pelbagai kaum.

Beliau berkata, Maria juga memahami permasalah­an kelompok masyarakat berlainan kaum serta dapat menyelesai­kan masalah dihadapi kaum Penan.

“Apa yang menarik per- hatian saya, beliau mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat, sangat fleksibel dan memahami permasalah­an kelompok masyarakat yang berbeza.

“Contohnya kaum Penan, beliau faham keadaan itu, mana yang perlu kita fleksibel dan yang penting niat kita untuk membantu,” katanya.

Awang Tengah berkata, bekas residen itu juga memberi sumbangan besar terhadap aspek pentadbira­n di Limbang dan Lawas serta memberi perkhidmat­an terbaik melaksana program pembanguna­n lebih sistematik dan berkesan.

Katanya, Maria juga memberi fokus terhadap perancanga­n pembanguna­n selain menerapkan nilai-nilai integriti dalam pentadbira­n.

“Saya kenal Maria sudah lama dan melihat dari segi personalit­i dan komitmen tingginya terhadap tugas, sentiasa melakukan yang terbaik dan meletakkan keluarga di peringkat paling tinggi,” jelasnya.

Jelasnya, Maria juga melihat apa yang diamanahka­n bukan untuk kepentinga­n peribadi tetapi satu peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Kita berasa kehilangan beliau dan berharap beliau akan menjenguk kita dan membantu mana yang dapat dalam kalangan pegawai dan ketua masyarakat,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Awang Tengah menyampaik­an potret kenangan kepada Maria (empat kiri) sambil disaksikan Ahmad Denny (dua kiri), Dr Abdul Rahman, Mohd Asfia, Paulus dan Hussaini (kanan) malam kelmarin.
KENANGAN: Awang Tengah menyampaik­an potret kenangan kepada Maria (empat kiri) sambil disaksikan Ahmad Denny (dua kiri), Dr Abdul Rahman, Mohd Asfia, Paulus dan Hussaini (kanan) malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia