Utusan Borneo (Sarawak)

TBS menyasarka­n kutipan zakat RM96 juta tahun ini

Pada 2017 TBS berjaya kutip RM85 juta iaitu peningkata­n RM15 juta berbanding RM70 juta pada 2016

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyasarka­n kutipan zakat berjumlah RM96 juta hingga hujung tahun ini, kata Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Nailie.

Beliau berkata, pada tahun lalu TBS berjaya mengutip sejumlah RM85 juta iaitu peningkata­n sebanyak RM15 juta berbanding RM70 juta pada 2016.

“Kesedaran masyarakat Islam membayar zakat meningkat, khususnya melalui potongan gaji serta zakat perniagaan, antara tujuh hingga 10 peratus setahun,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya, zakat pendapatan melalui potongan gaji menyumbang sebanyak 56 peratus, sementara zakat perniagaan antara 25 hingga 28 peratus setiap tahun.

“Zakat perniagaan bukan sahaja kita peroleh daripada masyarakat Sarawak tetapi juga dari syarikat-syarikat yang terlibat dalam perbankan Islam dan takaful,” jelasnya.

Sehubungan itu TBS katanya, yakin akan mencapai sasaran kutipan kira- kira RM95 juta hingga hujung tahun ini hasil kesedaran masyarakat Islam membayar zakat.

Sementara itu, TBS juga membantu umat Islam untuk berdikari menerusi Akademi Latihan Insan TBS dengan menyediaka­n kursus jangka pendek.

“Kita juga membantu umat Islam menjana pendapatan sendiri dengan membiayai kursus jangka pendek bagi menyediaka­n mereka dengan latihan dan kemahiran,” jelasnya.

Akademi Latihan Insan sehingga kini telah melatih 500 peserta dalam tempoh dua tahun menerusi bidang kimpalan dan penyelengg­araan pendingin hawa.

“Ada peserta kita telah meraih pendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan menerusi perkhidmat­an penyelengg­araan pendingin hawa,” katanya.

Akademi itu katanya, beroperasi di Kuching, sementara di Sibu akan dibuka pada Jun manakala Miri juga bakal dilaksanak­an tahun ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang merasmikan bangunan baharu TBS Miri bersebelah­an Kompleks Islam Miri semalam.

Dalam ucapannya, Ahmad Lai memuji tindakan pantas TBS dalam menyalurka­n bantuan segera kepada mangsa kebakaran, fakir miskin dan asnaf.

“TBS memainkan peranan penting dalam menjaga ke-

Kesedaran masyarakat Islam membayar zakat meningkat, khususnya melalui potongan gaji serta zakat perniagaan, antara tujuh hingga 10

setahun. ” peratus Datu Abang Mohd Shibli Abang Nailie Pengurus Besar TBS

bajikan umat Islam, sebab itu jika berlaku kebakaran, mereka sudah berada di lokasi menghulurk­an ban- tuan kilat,” katanya.

Hadir sama Ahli Lembaga Baitulmal dan Wakaf Temenggung Abdul Rahman Fadzail, Timbalan Pengurus Besar TBS Bolhassan Iskandar Taibi serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? BANTU: Hud (tengah) merakam kenangan bersama pelajar asnaf selepas selesai membeli kelengkapa­n sekolah.
BANTU: Hud (tengah) merakam kenangan bersama pelajar asnaf selepas selesai membeli kelengkapa­n sekolah.
 ??  ?? RASMI: Ahmad Lai (dua kiri) dan Abang Shibli (dua kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian pejabat baharu TBS Miri semalam.
RASMI: Ahmad Lai (dua kiri) dan Abang Shibli (dua kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian pejabat baharu TBS Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia