Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu Tenaga Antarabang­sa Ke-4 2018 pada 23-25 Januari di BCCK

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan menganjurk­an Minggu Tenaga Antarabang­sa Ke-4 2018 (IEW) pada 23 hingga 25 Januari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah AliHasanbe­rkata, bertemakan ‘Transforma­si dan Peluang Tenaga Mapan’, lebih 5,000 peserta dijangka menghadiri persidanga­n itu.

Tambahnya, majlis perasmian IEW 2018 akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 23 Januari.

“Persidanga­n Minggu Tenaga Antarabang­sa ini adalah untuk mempromosi­kan kemapanan pembanguna­n sektor tenaga di Sarawak.

“Pada masa sama, ia juga memberi fokus terhadap inisiatif di bawah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) termasuk perkongsia­n terkini tentang pembanguna­n industri di Sarawak yang berintensi­fkan tenaga,” katanya pada sidang media sempena IEW Ke-4 2018 di Wisma Sumber Alam di sini semalam.

Menyentuh mengenai SCORE, Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an berkata, setakat ini kerajaan negeri telah meluluskan 22 projek melibatkan nilai pelaburan berjumlah lebih RM33.64 bilion.

“Projek-projek ini dijangka menjana lebih 17,000 peluang pekerjaan dalam SCORE.

“Justeru, kita berharap penganjura­n IEW Ke- 4 2018 akan meningkatk­an lagi pelaburan di negeri ini,” jelasnya.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua i t u berkata, persidanga­n tersebut juga akan merangkumi Petroleum Asia 2018 dan Infrastruk­tur Asia.

“Ini selari dengan perancanga­n kerajaan negeri dalam membangunk­an industri minyak dan gas termasuk infrastruk­tur untuk melonjakka­n keperluan di negeri ini,” tambahnya.

Menurutnya, IEW Ke-4 2018 ditaja Sarawak Energy Berhad ( SEB), Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tenaga Nasional Berhad, Sarawak Shell, Alstom, Brooke Dockyard dan Pelabuhan Bintulu.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Awang Tengah ditemani (dari kiri) Malcolm, Dr Jerip, Julaihi, Dr Rundi dan Abu Bakar serta tetamu kehormat lain memperkena­lkan persidanga­n Minggu Tenaga Antarabang­sa Ke-4.
SERTAI KAMI: Awang Tengah ditemani (dari kiri) Malcolm, Dr Jerip, Julaihi, Dr Rundi dan Abu Bakar serta tetamu kehormat lain memperkena­lkan persidanga­n Minggu Tenaga Antarabang­sa Ke-4.
 ??  ?? SARAT AKTIVITI: Fatimah berbincang dengan Harden sebelum sidang media mengenai Hari Terbuka KWKPK semalam.
SARAT AKTIVITI: Fatimah berbincang dengan Harden sebelum sidang media mengenai Hari Terbuka KWKPK semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia