Utusan Borneo (Sarawak)

Risiko runtuh, hentikan sementara lawatan ke Pantai Tusan: Rosey

-

MIRI: Pengunjung tidak digalakkan melancong atau melawat ke Pantai Tusan di Bekenu buat sementara waktu ekoran tebing pantai itu berpotensi runtuh semula.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, laluan pejalan kaki yang runtuh sebelum ini tidak selamat dan berbahaya untuk digunakan.

“Kita menyaranka­n pengunjung melawat pantai lain seperti Pantai Bungai, Peliau dan Kuala Sibuti yang juga antara destinasi pelanconga­n di Bekenu,” katanya semasa melawat kawasan tanah runtuh di Pantai Tusan semalam.

Rosey yang Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu berkata, Majlis Daerah Subis telah mendirikan pagar dan meletakkan plastik di kawasan tanah runtuh itu.

“Kawasan tebing ini masih berbahaya, bahkan laluan pejalan kaki ke pantai itu kemungkina­n runtuh semula ekoran pergerakan dalam tanah akibat cuaca,” katanya.

Menurutnya, sementara menunggu kajian teknikal daripada agensi kerajaan berkaitan, papan tanda ama- ran telah diletakkan di atas tebing berkenaan.

“Atas tujuan keselamata­n bersama, kita menyaranka­n pengunjung membatalka­n hasrat mereka untuk ke Pantai Tusan, sebaliknya melawat kawasan rekreasi lain,” jelasnya.

Rosey juga berharap penyelesai­an konkrit dibuat untuk mengatasi masalah itu seperti membina benteng lebih kukuh dan sebagainya mengikut kajian teknikal.

Hadir sama Pegawai Majlis Daerah Subis Husaini Bakir serta wakil agensi- agensi kerajaan berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia